Sultan Selangor tambah 21 juta saham di dalam Transocean Holdings, kini kuasai 32.25% ekuiti | DagangNews Skip to main content

Sultan Selangor tambah 21 juta saham di dalam Transocean Holdings, kini kuasai 32.25% ekuiti

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 16 April - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj menambah 21 juta kepentingan di dalam Transocean Holdings Berhad menjadikan keseluruhan ekuiti dimiliki baginda kini sebanyak 32.25%.

 

Menurut makluman syarikat logistik dan IT tersebut di Bursa Malaysia, baginda menguasai ekuiti tersebut menerusi pemindahan saham kepada Digital Planners Sdn. Bhd. oleh Enfrasys Consulting Sdn. Bhd.

 

 

wainuiomata

 

 

Sejajar dengan langkah pengurangan modal, menyebabkan Digital Planner Sdn. Bhd. memegang saham secara langsung.

 

Sultan Idris Shah disifatkan mempunyai kepentingan dalam saham itu menurut Seksyen 8(4)(c) Akta Syarikat 2016.

 

Ini sekaligus menjadikan Enfrasys Consulting Sdn Bhd tidak lagi menjadi pemegang saham besar di dalam Transocean.

 

 

syed budriz
Dato' Syed Budriz Putra Jamalullai

 

 

Dalam makluman berasingan, Transocean turut mengumumkan Dato' Syed Budriz Putra Jamalullail sebagai pemegang saham terbesar menerusi Digital Planners tersebut.

 

Transocean Group merupakan syarikat pengangkutan dan logistik di Malaysia dan menyediakan perkhidmatan nilai tambah dalam bidang pengangkutan jalan raya, pengangkutan udara dan laut, pergudangan, logistik serta kastam dan perkhidmatan penghantaran.

 

Ketika pasaran ditutup Selasa, saham Transocean ditutup pada RM1.55, memberikannya permodalan pasaran RM100,90 juta. - DagangNews.com