Tarif air baharu untuk pengguna domestik Perak berkuat kuasa 1 Mei 2024, kata pejabat MB | DagangNews Skip to main content

Tarif air baharu untuk pengguna domestik Perak berkuat kuasa 1 Mei 2024, kata pejabat MB

IPOH 18 April ― Kadar tarif baharu air untuk pengguna domestik di Perak ditetapkan pada 75 sen semeter padu berbanding 70 sen sebelum ini, berkuat kuasa 1 Mei 2024.

 

Pejabat Menteri Besar Perak dalam satu kenyataan berkata, kenaikan lima sen itu melibatkan penggunaan sehingga 20 meter padu sebulan manakala caj penggunaan sehingga 21 hingga 35 meter padu ditetapkan pada kadar RM1.08 , berbanding RM1.03 sen sebelum ini.

 

Menurutnya, bagi mengurangkan kesan perubahan tarif kepada pengguna domestik, Lembaga Air Perak (LAP) menyediakan rebat pada kadar 40 sen bagi setiap meter padu untuk penggunaan sehingga 10 meter padu pertama sebulan (bersamaan dengan RM4. sebulan).

 

 

wainuiomata

 

 

“Dengan rebat itu, kadar purata tarif bagi penggunaan sehingga 20 meter padu boleh dikurangkan kepada hanya 55 sen bagi setiap meter padu berbanding 75 sen tanpa rebat,” kata kenyataan itu.

 

Dengan kenaikan lima sen, tarif baharu air di Perak jauh lebih rendah daripada kadar purata 22 sen yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). - DagangNews.com