KUALA LUMPUR 25 Nov - Betamek Bhd menerima geran kerajaan sebanyak RM396,420 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), diuruskan oleh Malaysia Industrial Development Finance Berhad (MIDF) bagi memupuk inovasi teknologi merentas industri utama.
Pengeluar Reka Bentuk Asal (ODM) dan peneraju dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) berkata, geran tersebut akan menumpukan terutamanya kepada buatan termaju seperti internet kebendaan (IoT) dan menyokong projek transformasi digital.
"Pemberian ini merupakan sebahagian daripada inisiatif nasional yang lebih luas untuk memupuk inovasi teknologi dalam industri utama, yang akan membolehkan Betamek mempertingkatkan Keberkesanan Peralatan Keseluruhan (OEE) melalui penyepaduan IoT lanjutan dalam operasi pembuatan dalam tempoh 12 bulan.
"Projek ini bertujuan untuk mengautomasikan pemantauan talian pemasangan manual, mengintegrasikan data OEE daripada mesin Surface Mount Technology (SMT) untuk analisis komprehensif dan menanda aras produktiviti terhadap talian robotik bagi meningkatkan kapasiti permintaan kenderaan elektrik (EV)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebagai rakan kongsi utama, Perodua akan membolehkan Betamek menyampaikan rumusan infotainmen dan elektronik berkualiti tinggi yang memenuhi permintaan pasaran automotif.
Pengarah Eksekutif Betamek, Muhammad Fauzi Abd Ghani mengulaskan penyepaduan teknologi teknologi IoT ke dalam proses pembuatannya bakal meningkatkan produktiviti dan menyampaikan rumusan infotainment dan elektronik berkualiti tinggi pada harga yang lebih kompetitif.
Sementara itu, Betamek berkata, projek tersebut bakal memberi impak yang lebih luas melangkaui kecekapan pengeluaran.
Katanya, ia sejajar dengan objektif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Betamek dengan mempromosikan amalan pembuatan mampan, mengurangkan sisa dan mengoptimumkan penggunaan tenaga. - DagangNews.com