Binasat terima subkontrak RM13.3 juta daripada Enertra bagi pembinaan pencawang 132kV di Kuala Lumpur | DagangNews Skip to main content

Binasat terima subkontrak RM13.3 juta daripada Enertra bagi pembinaan pencawang 132kV di Kuala Lumpur

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Nov - Binasat Communication Bhd menerusi Binasat Sdn Bhd menerima subkontrak bernilai RM13.3 juta daripada Enertra Sdn Bhd bagi pembinaan pencawang 132kV bernilai RM13.3 juta di Kuala Lumpur.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, menerusi kontrak itu, mereka akan terlibat dengan reka bentuk kejuruteraan, pembinaan, pengujian an pentauliahan berkaitan dengan kerja infrastruktur, paip, HVAC dan kerja jalan.

 

"Kontrak itu adalah bagi tempoh 24 bulan bermula 31 Julai 2024," katanya.

 

Katanya, kontrak itu tidak mempunyai sebarnag kesan material ke atas aset bersih dan penggearan Binasat dan anak-anak yarikatnya  bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan sepanjang tempoh kontrak.

 

Potensi risiko yang terlibat dalam kontrak adalah sama dengan mana-mana projek lain dijalankan oleh Binasat yang dianggap sebagai risiko operasi biasa. - DagangNews.com