KUALA LUMPUR 7 Nov - Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalkan unjuran OPR sebanyak 3.00% pada tahun depan walaupun terdapat risiko penurunan berikutan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya AS dan kenaikan inflasi domestik.
Katanya, kadar inflasi pada 2025 diunjur kira-kira 2.0% sehingga 3.5% berbanding dengan jangkaannya pada 2024 iaitu of 1.5% sehingga 2.5%.
"Keadaan inflasi sederhana setakat ini mencecah 1.8% YoY pada September 2024 dan sembilan bulan 2024.
"BNM menjangkakan inflasi kekal terkawal pada 2025 di tengah-tengah keadaan kos global yang semakin reda dan ketiadaan tekanan permintaan dalam negeri yang berlebihan.
"Risiko kenaikan inflasi bergantung pada tahap kesan Rasionalisasi subsidi petrol RON95, kos buruh yang lebih tinggi, serta harga komoditi global dan perkembangan pasaran kewangan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada kenaikan, Bank Negara Malaysia kekal OPR pada kadar 3.00 peratus
Di samping itu, bank pusat itu menjangkakan aktiviti ekonomi kekal kukuh dan mampan terutamanya berikutan pengumumuan Belanjawan 2025.
"BNM juga menjangkakan permintaan domestik akan didorong oleh pertumbuhan pendapatan yang menyokong sektor swasta, serta pengembangan yang berterusan dalam aktiviti pelaburan.
"Pengembangan eksport barangan dan perkhidmatan pula disokong oleh kitaran peningkatan teknologi global, kekuatan berterusan dalam barangan bukan elektrik dan elektronik (E&E) dan perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi.
"Risiko terhadap prospek ekonomi domestik bergantung kepada permintaan luar dan keluaran komoditi serta permintaan teknologi," katanya.- DagangNews.com