Erna Ismail dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Datasonic | DagangNews Skip to main content

Erna Ismail dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Datasonic

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Okt - Datasonic Group Berhad melantik mengumumkan pelantikan Erna Ismail, 46, sebagai pengarah eksekutif  berkuat kuasa 9 Oktober 2024.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, beliau memiliki lebih 21 tahun pengalaman dalam fungsi kewangan IT dan e-Perkhidmatan.

 

Beliau memulakan kerjaya di Bahagian Kewangan Koperasi Pembinaan Dan Perumahan DPMM Bhd pada 2001.

 

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Diploma Pengajian Perbankan dari Universiti Teknologi MARA kemudiannya menyertai Dagang Net Technologies Sdn Bhd pada 2002 sebagai eksekutif akaun dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pengawal Kewangan pada 2017.

 

"Erna telah menyumbang dengan ketara untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan, mencapai penjimatan cukai, dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

 

"Beliau juga telah mengetuai aktiviti merentas fungsi yang tertumpu pada pengurusan kos dan margin.

 

"Sebagai sebahagian daripada pasukan pengurusan, beliau mengambil bahagian secara aktif dalam membangunkan pernyataan misi, visi, nilai dan makna (MVVM), yang mempamerkan kemahiran kepimpinan dan membina consensus," katanya. - DagangNews.com