KUALA LUMPUR 26 Dis - Lebtech Bhd menerusi Lebtech Construction Sdn Bhd dipilih untuk bekerjasama dalam pelbagai projek kerja air di Selangor bernilai RM10.8 juta.
Kumpulan itu berkata, mereka telah dipilih oleh Affizal Resources (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan projek-projek itu.
"Kerja-kerja itu dijangka bermula pada suku pertama 2025," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.
Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 2025.
Tiada pengarah, pemegang saham utama, atau orang yang berkaitan dengan pengarah atau pemegang saham utama Lebtech mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam subkontrak yang disebutkan di atas. - DagangNews.com