Pembinaan LCS kedua untuk TLDM kini capai 70% siap - Mindef | DagangNews Skip to main content

Pembinaan LCS kedua untuk TLDM kini capai 70% siap - Mindef

Kapal LCS 1 KD Maharaja Lela semasa diluncurkan ke air pada Mei lalu.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 4 Nov - Projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) kedua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah lama tertangguh telah mencapai 70.1% setakat 25 Oktober tahun ini.

 

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kemajuan yang termasuk reka bentuk, pembinaan, kelengkapan dan ujian iaitu terlewat sedikit berbanding jadual sebanyak 0.59% kerana kemajuan yang dirancang adalah 70.69%. mengikut garis masa kontrak.

 

Pembinaan LCS 1 dalam fasa terakhir dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.

 

 

“Kapal itu kemudiannya akan menjalani ujian penerimaan pelabuhan (HAT) dan ujian penerimaan laut (SAT) yang dijalankan oleh TLDM dalam tempoh dua tahun akan datang.

 

 

Kapal

 

 

“Bagi LCS 2, ia akan dilancarkan ke dalam air menjelang pertengahan 2025, sebelum menjalani HAT dan SAT,” kata Adly semasa sesi soal jawab lisan di Parlimen hari ini.

 

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mengenai unjuran garis masa untuk ujian operasi LCS 1 dan anggaran tarikh pelancaran LCS 2.

 

 

 

 

Kapal
Imej klip video yang dikongsikan Lunas menunjukkan kapal LCS 2 yang bakal dilancarkan.

 

Walaupun belum dinamakan secara rasmi tetapi kapal kedua LCS dengan nombor penannt 2502 dipercayai bakal dinamakan sebagai KD Syarif Masahor iaitu tokoh pejuang dari Sarawak.

 

Tiga lagi kapal LCS yang dalam pembinaan pula akan dinamakan sebagai KD Raja Mahadi (2503), KD Mat Salleh (2504) dan KD Tok Janggut (2505) manakala kapal keenam yang telah dibatalkan sepatutnya dinamakan KD Mat Kilau (2506).

 

Nama-nama ini sebenarnya telah pun diumumkan pihak TLDM semasa proses menamakan kapal-kapal LCS tersebut 8 tahun lalu.

 

 

Kapal
Limbungan Lunas di Lumut, Perak.

 

Jika melihat pada jadual garis masa pelan pemulihan projek LCS yang ditetapkan oleh Mindef pada Mei tahun lalu, LCS kedua akan siap diluncurkan ke air pada Mei tahun depan.

 

Seterusnya, kapal akan menjalani ujian penerimaan pelabuhan (Harbour Acceptance Test - HAT) pada bulan Julai.

 

Ini bermakna LCS 2 perlu disiapkan untuk dilancarkan pada bulan ini atau selewat-lewatnya bulan hadapan.

 

 

Kapal
Ketua Setiausaha Mindef, Datuk Lokman Hakim Ali (tengah) diberi penerangan tentang projek LCS semasa mengadakan lawatan ke Pangkalan TLDM pada November lalu. 
 

 

Kapal
Kelihatan kapal LCS 1 yang telah pun dipasang dengan Mast.


 

Mengikut garis masa tersebut juga LCS 2 akan menjalani ujian penerimaan laut (Sea Acceptance Trial - SAT) pada Jun tahun 2026 dan diserahkan kepada TLDM setahun kemudian.

 

Dengan pelancaran LCS kedua nanti, ini menunjukkan perkembangan positif pada pelan pemulihan projek LCS sepertimana yang dijanjikan Mindef. - DagangNews.com