KUALA LUMPUR 9 Okt - Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) memperhebatkan kempen Pemberian Ulang Tahun Ke-30 dengan Bonanza Akhir Tahun, menawarkan sehingga RM30 juta dalam bentuk penjimatan dan hadiah baharu.
Hadiah Bonanza Akhir itu adalah sah untuk semua pembeli rumah sepanjang tempoh kempen, bermula sekarang hingga 30 November 2024.
Kempen tersebut diadakan sempena Ulang Tahun Ke-30 Mah Sing yang berlangsung sepanjang tahun, dengan menawarkan faedah dan hadiah tambahan sebagai tanda penghargaan kepada pembeli rumah atas sokongan berterusan selama ini.
Inisiatif itu bertujuan untuk menambah nilai kepada kempen Pemberian Ulang Tahun Ke-30 yang sedang berjalan, memperkukuh komitmen Mah Sing untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pelanggan setianya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mah Sing, Dato’ Voon Tin Yow berkata, pihaknya berbesar hati kerana kempen yang dilancarkan pada awal 2024 itu menerima sambutan yang luar biasa daripada pembeli rumah.
"Ini menunjukkan bahawa minat membeli hartanah kekal kuat. Oleh kerana sokongan yang kukuh ini, kami memutuskan untuk meningkatkan kempen yang sedang berjalan dengan menyediakan ganjaran tambahan di bawah Bonanza Akhir Tahun, sebagai cara untuk menyampaikan penghargaan kami kepada pelanggan.
"Dengan pelbagai projek di seluruh negara, pembeli rumah berpeluang menikmati penjimatan dan hadiah tambahan apabila mereka membeli rumah dengan Mah Sing sebelum 30 November 2024," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Tin Yow, di bawah Bonanza Akhir Tahun itu, Mah Sing menawarkan pelbagai insentif bergantung kepada projek, seperti Memorandum Pindah Milik (MOT) percuma, perabot percuma, peralatan rumah percuma dan banyak lagi, memberikan penjimatan keseluruhan sehingga RM165,000 kepada pembeli rumah apabila mereka menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA).
Selain daripada ganjaran baru terbabit, pembeli rumah juga masih berpeluang memenangi kenderaan elektrik daripada Tesla dan BYD yang ditawarkan sebagai sebahagian daripada kempen Ulang Tahun Ke-30 yang sedang berlangsung.
Antara projek perumahan Mah Sing yang terlibat adalah M Azura di Setapak, M Nova di Kepong, M Panora di Rawang, M Sinar @ Southville City di Bangi, Allamanda @ Meridin East di Johor Bahru, M Minori di Tebrau dan Ferringhi Residence 2 di Batu Ferringhi. - DagangNews.com