MK Ambulance peruntuk RM500,000 lebarkan operasi, buka cawangan di Manjung dan Taiping | DagangNews Skip to main content

MK Ambulance peruntuk RM500,000 lebarkan operasi, buka cawangan di Manjung dan Taiping

MK Ambulance akan menambah ambulans baharu bagi meningkatkan lagi operasi syarikat.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 2 Jan - Permulaan 2025 memberi dimensi baharu kepada syarikat penyedia perkhidmatan kesihatan, MK Ambulance Service (MK Ambulance) apabila bakal melebarkan lagi operasinya.

 

Ia melibatkan pelaburan kira-kira RM500,000 bagi melaksanakan perkara-perkara yang telah dirancang.

 

Pengasas dan Pengarah My Healthcare Services, Mazhar Kadir berkata, pihaknya akan membuka 2 pejabat cawangan baharu iaitu di Manjung dan Taiping pada tahun ini.

 

Menurut beliau, pembukaaan cawangan tersebut membolehkan MK Ambulance menawar dan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada pelanggan di sebelah sana.

 

 

Perak
MK Ambulance menyediakan perkhidmatan kesihatan termasuk dalam pelbagai kejohanan dan acara sukan di utara tanahair.
 
Perak

 

“Ini merupakan cawangan ketiga MK Ambulance Service selepas di Golden Hill, Cameron Highlands yang mana kita komited untuk meluaskan rangkaian sedia ada.

 

“Tahun ini juga kita merancang menambah unit ambulans bermotosikal M-Bike menjadikan tiga buah kesemuanya.

 

“Penambahan ini juga susulan penerimaan baik pada perkhidmatan tersebut yang diperkenalkan Disember lalu yang merupakan pertama di negeri Perak,” ujarnya kepada Dagang News.

 

MK Ambulance merupakan anak syarikat kepada My Healthcare Services yang menyediakan perkhidmatan kesihatan dan sewaan ambulans di negeri Perak.

 

Perak
Penambahan ambulans dan ambulans motosikal membolehkan MK Ambulance menawarkan khidmat lebih efektif.

 

Perak

 

Perkhidmatan lain termasuklah penjagaan kesihatan, lawatan ke rumah selain terlibat sebagai petugas kesihatan dalam banyak kejohanan sukan.

 

Menjelaskan lebih lanjut, Mazhar memberitahu, pihaknya juga bakal menambah 2 buah lagi ambulans baharu pada tahun ini bagi menjadikan 12 buah kesemuanya yang dimiliki.

 

Bagi pembelian ambulans sahaja melibatkan kos kira-kira RM200,000.

 

“Bagi melaksanakan semua perancangan ini, syarikat juga akan menambah jumlah kakitangan terutamanya untuk menyokong operasi di pejabat cawangan baharu.

 

“Justeru, kita menjangkakan pertambahan kos operasi sehingga 20 peratus lagi pada tahun ini melibatkan sewaan, pembelian kenderaan dan sumber manusia,” ujarnya. - DagangNews.com