Pelabur asing jual RM1.01 bilion ekuiti tempatan, peningkatan 4 kali ganda berbanding minggu sebelumnya - MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Pelabur asing jual RM1.01 bilion ekuiti tempatan, peningkatan 4 kali ganda berbanding minggu sebelumnya - MIDF Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Nov - Pelabur asing terus menjual ekuiti tempatan di Bursa Malaysia sebanyak RM1.01 billion untuk minggu kedua, peningkatan empat kali ganda berbanding RM196.2 juta pada minggu sebelumnya.

 

MIDF Research berkata, pelabur asing menjadi penjual bersih pada setiap hari dagangan dengan aliran keluar tertinggi berlaku pada Rabu sebanyak RM473.9 juta, sebelum pasaran ditutup pada Khamis sempena sambutan perayaan Deepavali.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7433255012228156693.jpg?itok=gNfResF_","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7433255012228156693?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

Katanya, pada hari-hari lain, aliran keluar adalah antara RM71.5 juta hingga RM346.2 juta.
 

"Sektor yang mencatatkan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perladangan (RM25.9 juta), hartanah (RM11.6 juta) dan REITS (RM7.2 juta).

 

"Sektor dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM600.2 juta), utiliti (RM190.9 juta), dan pengguna (RM86 juta)," katanya dalam laporan aliran dana yang berakhir 1 November 2024, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, institusi tempatan menyokong bursa tempatan sejak dua minggu lalu, dengan belian bersih RM960.4 juta dalam ekuiti minggu lepas.

 

Katanya, peruncit tempatan menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia selepas menjual untuk minggu sebelumnya, membeli RM49.4 juta dalam ekuiti.

 

"Peruncit tempatan dan institusi tempatan mengalami penurunan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) masing-masing sebanyak 10.8% dan 6.9%, manakala pelabur asing menyaksikan peningkatan sebanyak 27.9%," katanya.- DagangNews.com

 

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/wbVBjCcWrB0.jpg?itok=ay_bKEqi","video_url":"https://youtu.be/wbVBjCcWrB0","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}