Pelabur asing jual RM1.10 bilion ekuiti tempatan, jumlah tertinggi dalam 18 minggu - MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Pelabur asing jual RM1.10 bilion ekuiti tempatan, jumlah tertinggi dalam 18 minggu - MIDF Research

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 7 Okt - Pelabur asing terus menjual ekuiti tempatan di Bursa Malaysia pada minggu lepas, mencapai jualan bersih tertinggi dalam 18 minggu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.10 bilion. 

 

MIDF Research berkata, pelabur asing terus menerima hasil jualan bersih setiap hari minggu lepas setelah menjual selama 10 hari dagangan berturut-turut.

 

Firma penyelidikan itu mencatat jualan bersih paling kukuh berlaku pada Jumaat iaitu RM321.8 juta.

 

 

"Tiga sektor yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perladangan (RM27.5 juta), hartanah (RM20.9 juta) dan tenaga (RM10.0 juta).

 

"Sementara itu, tiga sektor yang dijual bersih ialah perkhidmatan kewangan (RM553.3 juta), utiliti (RM159.5 juta) dan produk pengguna & perkhidmatan (RM132.3 juta)," katanya dalam satu nota hari ini.

 

Menurut MIDF Research, institusi tempatan menjadi penjual bersih untuk minggu keempat berturut-turut pada RM1.02 bilion. 

 

Peruncit tempatan juga turut menjadi penjual bersih bagi untuk minggu kedua berturut-turut, berjumlah RM79.8 juta.

 

Dari segi pergerakan pelabur, purata nilai dagangan harian (ADTV) merentasi semua kelas dengan pelabur runcit tempatan menyusut 14.0% minggu lepas, manakala pelabur institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing menyasikan penurunan sebanyak 9.6% dan 6.5%. - DagangNews.com