KUALA LUMPUR 8 Nov - RHB Investment menganggarkan prestasi segmen peralatan ujian automatik (ATE) Pentamaster Corp Bhd kekal perlahan sehingga separuh pertama 2025 kesan ketidaktentuan dalam segmen automotif.
Katanya, keadaan itu disebabkan pasaran utama mengenakan dasar dan tarif yang tinggi ke atas kederaan elektrik (EV) buatan China.
Firma penyelidikan itu berkata, pasaran EV dan rantaian bekalan China menjadi semakin kompetitif, mengehadkan keupayaannya bagi meraih sepenuhnya peluang pertumbuhan di rantau ini.
Selain itu, pasaran EV dan rantaian bekalan China telah menjadi semakin kompetitif dan mengganggu, mengehadkan keupayaannya untuk menangkap sepenuhnya peluang pertumbuhan di rantau ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Untung bersih Pentamaster bagi 3QFY24 susut kepada RM11.77 juta kesan penurunan jualan sistem peralatan ujian automatik
"Walaupun berdepan prospek suram bagi sektor automotif, kumpulan itu mengenal pasti beberapa peluang pertumbuhan utama untuk mengimbangi cabaran ini, terutamanya permintaan yang meningkat untuk pembungkusan termaju dalam pembuatan semikonduktor serta evolusi berterusan peranti optoelektronik.
"Kumpulan itu juga melaksanakan inisiatif utama bagi menyelaraskan operasinya dan meningkatkan kecekapan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Terdahulu, hasil 3QFY24 sebanyak RM150.2 juta dipengaruhi terutamanya jumlah jualan ATE yang lebih rendah.
Hasil kmpulan merosot kepada RM69.8 juta disebabkan nilai projek yang lebih rendah yang disampaikan dalam segmen automotif dan elektrooptik.
Bagaimanapun, segmen rumusan automasi kilang (FAS) memberikan peluang pertumbuhan, terutamanya dalam sektor peranti perubatan, kerana industri secara progresif menerima pakai FAS untuk kecekapan operasi, keselamatan dan pematuhan kepada piawaian kawal selia yang ketat.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM5.95 sesaham. - DagangNews.com