Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion pada 13 September 2024 | DagangNews Skip to main content

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion pada 13 September 2024

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Sept - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$117.6 bilion pada 13 September 2024, berbanding AS$116.8 bilion pada akhir Ogos 2024.

 

Bank pusat itu dalam satu kenyataan berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

"Komponen utama rizab antarabangsa merangkumi rizab mata wang asing berjumlah AS$105.4 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.9 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion)," katanya hari ini.

 

Menurut kenyataan tersebut, aset bank pusat itu berjumlah RM653.6 bilion, yang terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM554 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.5 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.48 bilion), tanah dan bangunan (RM4.12 bilion) dan aset-aset lain (RM56.14 bilion).

 

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM210.55 bilion), mata wang dalam edaran (RM166.49 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM151.72 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM8.65 bilion), deposit lain (RM66.98 bilion), kertas Bank Negara (RM15.69 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.43 bilion). - DagangNews.com