Southern Cable terima kontrak RM173 juta bekal kabel, konduktor ke Malaysia Timur | DagangNews Skip to main content

Southern Cable terima kontrak RM173 juta bekal kabel, konduktor ke Malaysia Timur

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Dis - Southern Cable Group Bhd menerima kontrak bernilai RM172.57 juta bagi membekalkan kabel dan konduktor ke Malaysia Timur.

 

Kumpulan itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai pelanggan yang memberi kontrak itu.

 

"Kontrak itu diberikan kepada anak syarikat milik penuhnya Southern Cable Sdn Bhd dan ia bermula pada 20 Disember 2024 sehingga 19 Disember 2026," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Menerusi kejayaan baharu itu, pesanan tertunggak kumpulan itu kini meningkat kepada RM871.87 juta.

 

Kontrak itu dijangka tidak mempunyai kesan ke atas aset bersih dan penggearan syarikat dan anak-anak syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 tetapi akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan sepanjang tempoh kontrak.

 

Potensi risiko yang terlibat dalam kontrak itu dianggap sebagai risiko operasi biasa dan adalah sama seperti mana-mana kerja lain seumpamanya. - DagangNews.com