T7 Global raih surat anugerah daripada Carigali Hess, sediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan pengubahsuaian | DagangNews Skip to main content

T7 Global raih surat anugerah daripada Carigali Hess, sediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan pengubahsuaian

Gambar hiasan dari laman web rasmi T7 Global
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 6 Jan - T7 Global menerima surat anugerah (LoA) daripada Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian (MCM).

 

Dalam satu makluman di Bursa Malaysia, LoA itu dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya, Tanjung Offshore Services Sdn Bhd. 

 

"Kontrak ini akan dikuatkuasakan pada 15 Januari 2025 bagi tempoh tiga tahun, dengan pilihan untuk dilanjutkan selama dua tahun.

 

"Kami berpendapat kontrak tersebut tidak memberi kesan ke atas jumlah modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham besar syarikat," katanya.

 

Sementara itu, lembaga pengarah T7 menjangkakan kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dan seterusnya sehingga tamat kontrak.  - DagangNews.com