TRC Synergy meterai kontrak RM125 juta bersama BHIC Submarine Engineering selenggara pangkalan kapal selam TLDM | DagangNews Skip to main content

TRC Synergy meterai kontrak RM125 juta bersama BHIC Submarine Engineering selenggara pangkalan kapal selam TLDM

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Jun - TRC Synergy Bhd menerusi Trans Resources Corporation Sdn Bhd memeterai kontrak bernilai RM125 juta dengan BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd bagi penyelenggaraan Pangkalan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, menerusi kontrak itu mereka akan terlibat dengan penyelenggaraan kawasan Zon D, bangunan kemudahan jeti, Bangunan Bosun, Jetia Pemecah Ombak Terapung, Jeti Pengangkat Kapal dan kemudahan keselamatan di pangkalan tentera itu.

 

 

"Kontrak itu adalah bagi tempoh 60 bulan," katanya.

 

Projek ini tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham yang diterbitkan dan berbayar, pegangan saham pemegang saham yang besar, aset bersih sesaham dan penggearan syarikat dan anak-anak syarikatnya.

 

Melainkan keadaan yang tidak dijangka, Lembaga Pengarah berpendapat bahawa Projek akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan pendapatan sesaham kumpulan pada masa hadapan.

 

Tiada Pengarah Syarikat, pemegang saham utamanya atau orang yang berkaitan dengan pengarah dan pemegang saham mempunyai sebarang kepentingan dalam projek. - DagangNews.com