Turkiye siapkan korvet Pakistan, menanti peluang bina kapal peronda TLDM | DagangNews Skip to main content

Turkiye siapkan korvet Pakistan, menanti peluang bina kapal peronda TLDM

PNS Babur satu daripada empat korvet MILGEM milik Pakistan
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 27 Sept - Kontraktor pertahanan Turkiye, ASFAT telah menghantar korvet MILGEM (kelas Babur) pertama kepada Tentera Laut Pakistan dan melancarkan pembinaan dua kapal peronda luar pesisir (OPV) untuk Tentera Laut Turki.

 

Penyerahan korvet PNS Babur telah berlangsung di Limbungan Tentera Laut Istanbul, Turkiye.

 

Korvet kelas Babur pertama Tentera Laut Pakistan telah dilancarkan pada 2021 setelah kontrak perolehan ditandatangani pada 2018. 

 

Menerusi kontrak itu, dua kapal akan dibina di Limbungan Laut Istanbul dan dua lagi di Limbungan Kapal Karachi.

 

 

Kerjasama
Pelancaran PNS Tariq, kapal kelas Babur di Limbungan Karachi.

 

Kapal

 

Kementerian Pertahanan Turki merupakan pemilik ASFAT Inc. iaitu kontraktor utama projek itu.

 

Penghantaran kapal yang berupaya melaksanakan pelbagai misi seperti pertahanan udara hingga pertahanan kapal selam itu dijangka dibuat pada suku pertama tahun hadapan.

 

Projek MILGEM penting bagi Turkiye apabila mempamerkan kemajuan industri maritim negara itu meneroka pasaran global.

 

Perolehan ini juga mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan pertahanan antara Turkiye dan Pakistan.

 

Kapal
TCG Kochisar.
 

 

Sementara itu, dua OPV yang dilancarkan iaitu TCG Akhisar dan TCG Kochisar pula merupakan kapal kelas HISAR yang dibangunkan dalam skop projek MILGEM.

 

Kapal ini dibangunkan dari model kovet kelas ADA iaitu antara calon-calon yang disebut akan memenuhi program kapal misi pesisir (LMS) Batch 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

 

Walaupun memiliki ciri-ciri sama, kapal kelas ADA dan kelas HISAR mempunyai perbezaan dari segi konfigurasi persenjataan.

 

Ketika ini, Tentera Laut Turkiye mengoperasikan kapal korvet kelas ADA. 

 

Kapal
OPV kelas ADA yang menjadi calon program LMS Batch 2 TLDM
​​​​

Kapal kelas ini dilengkapi dengan meriam utama 76mm dan dua unit platform bagi mengendalikan mesingan 12.7mm.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini juga telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di New York, Amerika Syarikat.

 

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di luar Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).

 

Dalam kenyataan beliau selepas pertemuan itu, Perdana Menteri membayangkan potensi Turkiye untuk terlibat dalam program perolehan LMS Batch 2 TLDM.

 

Pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa bertemu Presiden Erdogan.

 

Bagaimana pun sepertimana ditegaskan, sebarang perolehan aset ketenteraan bergantung kepada kehendak pengguna itu sendiri iaitu Angkatan Tentera Malaysia. 

 

Turkiye dilihat bersungguh-sungguh untuk memerangi kontrak LMS TLDM termasuk menawarkan kerjasama pertahanan membangunkan industri tempatan.- DagangNews.com