Untung bersih FM Global Logistics meningkat 5.7% kepada RM11.45 juta pada 2QFY23 | DagangNews Skip to main content

Untung bersih FM Global Logistics meningkat 5.7% kepada RM11.45 juta pada 2QFY23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Feb - Untung bersih FM Global Logistics Holdings Berhad meningkat sebanyak 5.75% pada suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (2QFY23) kepada RM11.45 juta berbanding RM10.82 juta pada suku sama tahun sebelumnya.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, hasil kumpulan itu bagi suku tahun berkenaan menurun sebanyak 13% kepada RM35.4 juta lebih rendah berbanding suku sebelumnya.

 

Berbanding 2QFY22, hasil pendapatan yang rendah pada 2QFY23 adalah disebabkan oleh kadar tambang pengangkutan yang lebih rendah.

 

"Peningkatan keuntungan adalah disebabkan peningkatan aktiviti perniagaan dari kedua-dua operasi Malaysia dan luar negara pada 2QFY23.

 

"Hasil kumpulan bagi suku semasa sebanyak RM245.6 juta adalah 19% atau RM57.6 juta lebih rendah daripada 1QFY23 disebabkan oleh kadar tambang yang lebih rendah," katanya.

 

Prestasi kumpulan dijangka positif tetapi perlu mengambil kira cabaran seperti tekanan inflasi global dan potensi risiko disebabkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

 

Kumpulan itu juga akan terus fokus pada usaha mengembangkan pangkalan pelanggannya di peringkat serantau dan menambah baik pengurusan kos melalui kecekapan operasi.

 

"Kumpulan itu bagaimanapun tidak membuat sebarnag unjuran keuntungan dan tiada sebarnag maklumat varians tersedia untuk suku dibawah kajian," katanya. - DagangNews.com