Untung bersih Luxchem bagi 2QFY24 meningkat kepada RM12.2 juta didorong sumbangan aktiviti perdagangan lebih tinggi | DagangNews Skip to main content

Untung bersih Luxchem bagi 2QFY24 meningkat kepada RM12.2 juta didorong sumbangan aktiviti perdagangan lebih tinggi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Julai - Pengilang bahan plastik dan resin, Luxchem Corp Bhd mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak 30% kepada RM12.2 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 (2QFY24) berbanding RM9.42 juta pada tahun lalu.

 

Kumpulan itu berkata, peningkatan itu didorong oleh sumbangan lebih tinggi daripada aktiviti perdagangan dan pembuatan.

 

Katanya, hasil bagi bagi suku tersebut juga meningkat sebanyak 33% kepada RM210.2 juta berbanding RM157.56 juta pada 2QFY23.

 

"Bagi tempoh enam bulan terkumpul, untung bersih kumpulan ialah RM23.76 juta berbanding RM16.92 juta pada 6MFY23 manakala hasil meningkat kepada RM393.35 juta daripada RM310.4 juta dalam tempoh yang sama pada 2023.

 

"Peningkatan keuntungan dan hasil itu disokong peningkatan jualan yang lebih tinggi daripada segment perdagangan dan pembuatan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Mengulas mengenai prospek, kumpulan itu berkata, prestasi kumpulan boleh dipengaruhi oleh beberapa cabaran utama seperti kadar pertukaran dolar Amerika Syarikat (AS) dan ringgit, turun naik harga bahan mentah, situasi permintaan dan bekalan bahan mentah, persaingan sengit dan konflik geopolitik global yang berterusan.

 

"Kumpulan akan terus meningkatkan produktiviti dan kecekapannya sendiri untuk menghadapi faktor dan cabaran luaran," katanya.- DagangNews.com