Untung bersih Samaiden meningkat 14.6% kepada RM2.5 juta pada 2QFY23 | DagangNews Skip to main content

Untung bersih Samaiden meningkat 14.6% kepada RM2.5 juta pada 2QFY23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Feb - Untung bersih Samaiden Group Berhad meningkat 14.6% kepada RM2.59 juta pada suku kedua berakhir 31 Disember 2022 (2QFY23) berbanding RM2.26 juta bagi suku sama pada tahun sebelumnya.

 

Pendapatan kumpulan itu juga melonjak 36.28% kepada RM40.23 juta pada suku berkenaan berbanding RM29.52 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.

 

Bagi separuh pertama berakhir 31 Disember 2022 (1HFY23), pendapatan kumpulan itu meningkat 52.14% kepada RM81 juta berbanding RM53.24 juta bagi tempoh yang sama bagi tahun kewangan 2022.

 

Keuntungan bersih pula meningkat RM5.04 juta berbanding RM4.32 juta bagi tempoh yang sama.

 

Bagi suku di bawa kajian, perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, dan pentauliahan (EPCC) menyumbang kira-kira 99.45% kepada perolehan kumpulan manakala pendapatan selebihnya datang daripada pelaburan aset tenaga, perundingan alam sekitar dan operasi dan penyelenggaraan.

 

samiden
Ir. Chow Pui Hee

 

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Ir. Chow Pui Hee berkata, pihaknya melihat inisiatif kerajaan menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE), terutamanya Program Tenaga Hijau Korporat 600MW yang dilancarkan pada November 2022 

 

"Selain itu, kenaikan tarif elektrik bermula Januari 2023 juga menjadi pemangkin kepada pembangunan industri RE di Malaysia " katanya.

 

Kumpulan itu juga akan terus memanfaatkan kecekapan dan pengalaman teras mereka untuk menyediakan perkhidmatan solar fotovoltaik (PV).

 

Bagaimanapun, kumpulan itu tetap optimis untuk melabur di Asia Tenggara, kerana banyak negara jiran mengutamakan peralihan tenaga sebagai objektif nasional utama mereka. 

 

"Kami optimis tetapi berhati-hati mengenai prestasi kumpulan untuk baki FY23,” katanya. - DagangNews.com