KUALA LUMPUR 30 Ogos - Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2024 (1Q24), Senheng mencatatkan pendapatan RM629.6 juta, berbanding RM643.7 juta pada tahun sebelumnya.
Keuntungan bersih kumpulan 1H24 berjumlah RM9.9 juta, turun daripada RM12.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Bagi suku semasa (2Q) kumpulan melaporkan pendapatan sebanyak RM307 juta turun daripada suku tahun sebelumnya sebanyak RM325 juta, sejajar dengan kejatuhan hasil keuntungan bersih kumpulan juga mengalami kejatuhan 50% kepada RM3.6 juta daripada RM6.5 juta pada Q2FY23.
Kumpulan itu berkata sementara keputusan separuh pertama mencerminkan sentimen pengguna yang lebih lemah, prestasi cemerlang jualan dalam talian, sekarang menyumbang 10% daripada hasil kumpulan berbanding 5.5% dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Kelemahan berterusan dalam sentimen pengguna, yang membawa kepada jualan yang lebih rendah, mengakibatkan penurunan dalam hasil dan keuntungan kumpulan yang ditambahnya.
Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhannya, Kumpulan sedang meningkatkan ekosistem digitalnya, termasuk mengukuhkan kehadiran dalam talian, platform e-dagang dan penglibatan media sosialnya. - DagangNews.com