Untung bersih SFP Technology bagi 3QFY22 selaras dengan unjuran HLIB | DagangNews Skip to main content

Untung bersih SFP Technology bagi 3QFY22 selaras dengan unjuran HLIB

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Nov - Untung bersih SFP Technology Holdings Berhad sebanyak RM8 juta bagi 3QFY22 adalah selaras dengan 78% unjuran Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.

 

Firma itu berkata, untung bersih kumpulan untuk 9MFY22 mencecah RM22 juta dan ia berada dalam konsensus ramalan setahun penuh sebanyak 75%.

 

"Kami percaya perbezaan utama terhadap anggaran kami adalah disebabkan sumbangan yang lebih baik daripada jangkaan daripada kedua-dua bahagian pemesinan kawalan berangka komputer (CNC) syarikat dan segmen pemasangan mekanikal," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berpendapat bahawa kumpulan itu berada di landasan positif untuk meraih keuntungan tinggi berturut-turut bagi FY22 hingga FY24.

 

Katanya, keuntungan itu adalah berdasarkan sumbangan positif EST Exhibit Automation Sdn. Bhd. (EEASB) menyiapkan Kilang Pembuatan 3 dan penambahan 41 mesin pengilangan CNC baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

 

"Ini akan meningkatkan jumlah mesinnya dan secara kumulatif meningkatkan kapasiti pengeluaran pengeluaran maksimum syarikat sebanyak kira-kira 25.3% daripada 520,400 jam setahun kepada 652,100 jam setahun," katanya.

 

Firma itu meningkatkan unjuran pendapatan kumpulan bagi FY22 hingga FY24 sebanyak 29% dan 17% selepas meningkatkan andaian kadar penggunaan campurannya untuk segmen pemesinan CNC.

 

"Kami mengekalkan saranan 'pegang' terhadap kumpulan itu dengan harga sasaran (TP) RM1.53," katanya. - DagangNews.com