Untung teras bersih MN Holdings bagi FY23-35 diunjur berkembang pada CAGR 16.4% - HLIB | DagangNews Skip to main content

Untung teras bersih MN Holdings bagi FY23-35 diunjur berkembang pada CAGR 16.4% - HLIB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 April - MN Holdings Berhad diunjurkan mencatatakan untung bersih teras bagi FY23-25 berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 16.4% disokong oleh kadar tempahan sebanyak RM332.7 juta dan dijangka terus bertambah.

 

Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research berkata, kumpulan itu baru-baru ini telah memeterai pernjanjian dengan Shanghai DC-Science Co Ltd bagi menyediakan kemudahan utiliti.

 

Katanya, kemudahan itu termasuk tanah, bekalan kuasa, air, infrastruktur dan lain-lain perkara berkaitan bagi penyediaan projek pusat data dengan kuasa 120MW.

 

"Sekiranya projek itu berjaya direalisasikan, ia bergerak sejajar dengan unjuran kami.

 

"Kami menilai kumpulan itu pada harga 45 sen, berdasarkan 12x pendapatan sesaham (EPS) FY24 sebanyak 3.7 sen.

 

"Nisbah P/E ini mewakili diskaun yang ketara berbanding kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) solar dan pemain pembinaan, dengan nisbah P/E masing-masing adalah 16x-20x dan 15x," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu berada dalam kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada pelaburan penghantaran dan pengedaran (T&D) mampan Tenaga Nasional Berhad dan permintaan tenaga yang terus meningkat.

 

“Selain itu, industri pusat data yang berkembang maju di Malaysia telah menghasilkan keperluan yang lebih besar untuk infrastruktur kuasa, yang memberikan peluang kepada MNHB untuk mengembangkan buku pesanannya,” katanya. - DagangNews.com