KUALA LUMPUR 28 Mac - CGS-CIMB Research mengunjurkan United Malacca Berhad mencatatkan keuntungan lebih rendah bagi 4QFY23 kesan daripada kos operasi yang tinggi dan hasil bermusim yang lebih lemah.
Firma itu menyemak turun unjuran pendapatan sesaham (EPS) kumpulan itu bagi FY23 hingga FY25 selepas mengambil kira kos ladang yang lebih tinggi.
"Kami menjangkakan suku untung bersih yang lebih lemah bagi 4QFY23 kesan dariapada penghasilan buah tandan segar (BTS) yang lebih lemah serta kos operasi yang lebih tinggi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan penurunan untung bersih teras sebanyak 21% pada 9MFY4/23 kepada RM66 juta (tidak termasuk kerugian tukaran wang asing RM9.4 juta dan kerugian nilai wajar (FV) ke atas aset biologi sebanyak RM4.6 juta).
Ia disebabkan oleh harga jualan purata (ASP) yang lebih lemah untuk produk sawitnya di bahagian Indonesia, serta kos input yang lebih tinggi.
Firma itu berkata, untung bersih teras terkumpul untung tempoh sembilan bulan membentuk 75%/72% daripada ramalan konsensus firma itu dan Bloomberg.
"Kami menganggap ia di bawah jangkaan, pada input dan kos operasi yang lebih tinggi daripada jangkaan," katanya.
Firma itu mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) RM5.37 sesaham.
"Bagaimanapun kumpulan itu masih terdedah dengan beberapa risiko termasuk harga minyak sawit mentah (MSM) dan hasil BTS yang lemah," katanya. - DagangNews.com