UOB Kay Hian mulakan liputan terhadap NationGate dengan saranan 'beli', TP 98 sen | DagangNews Skip to main content

UOB Kay Hian mulakan liputan terhadap NationGate dengan saranan 'beli', TP 98 sen

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR


KUALA LUMPUR 12 Jan - UOB Kay Hian Securities memulakan liputan terhadap NationGate Holdings dengan saranan 'beli' pada harga sasaran (TP) 98 sen.

 

Firma itu berkata, saham tersebut disenaraikan pada PE 13.8x 2021.

 

Firma itu melihat pelbagai bahagian pertumbuhan boleh menaikkan kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) dan keuntungan bersih teras tiga tahun sebanyak 24% serta 30%.

 

Kataya, ia adalah berdasarkan integrasi rantaian nilai silang, konfigurasi semula rantaian bekalan berkaitan pengalihan perdagangan dan rancangan pengembangan yang agresif.

 

"Walaupun NationGate boleh menawarkan persediaan pengeluaran jumlah campuran tinggi dan campuran rendah volum tinggi, kepelbagaian strategiknya ke arah segmen kalis kemelesetan telah membuahkan hasil, khususnya dalam keadaan semasa.

 

"Kami memulakan liputan dengan saranan 'beli' pada TP 98 sen sesaham," katanya. - DagangNews.com