Uzma raih kontrak analisis ujian getaran daripada SEA Hibiscus untuk tiga tahun | DagangNews Skip to main content

Uzma raih kontrak analisis ujian getaran daripada SEA Hibiscus untuk tiga tahun

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Nov - Uzma Berhad menerusi anak syarikatnya, Uzma Engineering Sdn. Bhd. menerima surat anugerah (LOA) daripada SEA Hibiscus Sdn. Bhd. untuk Peruntukan Analisis Ujian Getaran untuk tempoh tiga tahun. 

 

Kumpulan itu dalam satu pemakluman kepada Bursa Malaysia berkata, penyedia reka bentuk ujian gangguan tekanan telaga (PCT), pemerolehan data dan tafsiran untuk menentukan ketersambungan takungan untuk medan yang dikendalikan SEA Hibiscus di perairan Sabah.

 

Bagaimanapun, nilai kontrak tersebut tidak dimaklumkan.

 

"Kontrak selama tiga tahun itu bermula 4 Oktober 2022 hingga 3 Oktober 2025," katanya.
 

Kumpulan itu tidak berdepan sebarang risiko luaran melainkan risiko berkaitan pelaksanaan projek, jadual kerja dan keadaan cuaca semasa kontrak itu berlangsung.

 

Kontrak itu bagaimanapun tidak akan memberikan sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham syarikat kerana tidak melibatkan sebarang penerbitan saham.

 

"Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 sehingga tamat kontrak," katanya. - DagangNews.com