Varia dapat kontrak kerja tebatan banjir RM410.3 juta di Segamat | DagangNews Skip to main content

Varia dapat kontrak kerja tebatan banjir RM410.3 juta di Segamat

Bandar Segamat kerap dilanda banjir setiap kali musim hujan berlaku. - Gambar The Star
Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Varia Berhad telah menerima surat anugerah daripada Kator Construction Sdn Bhd untuk projek tebatan banjir di Segamat, Johor, bernilai RM410.30 juta.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Varia berkata anak syarikat milik penuhnya, Pembinaan Teguh Maju Sdn Bhd, telah dilantik sebagai sub-kontraktor projek itu.

 

“Tarikh permulaan dan penyiapan kontrak hendaklah sejajar dengan tempoh masa kontrak utama, untuk tempoh 60 bulan dari tarikh bermula pada 23 Julai 2024 hingga tarikh siap pada 22 Julai 2029.

 

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan Varia untuk tempoh kewangan yang berkaitan dalam tempoh kontrak.

 

 

varia

 

 

Varia berkata kontrak itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham syarikat itu.

 

“Faktor risiko yang mempengaruhi kontrak termasuk perubahan dalam persekitaran ekonomi, politik dan kawal selia serta risiko operasi am. Kumpulan akan mengambil langkah yang sesuai untuk mengurangkan risiko tersebut.” - DagangNews.com