ViewQwest lancar Secure Branch yang dikuasakan oleh Palo Alto Networks | DagangNews Skip to main content

ViewQwest lancar Secure Branch yang dikuasakan oleh Palo Alto Networks

 

 


KUALA LUMPUR 9 Ogos - Penyedia penyelesaian rangkaian dan telekomunikasi ViewQwest mengumumkan pelancaran ViewQwest Secure Branch, gabungan penyelesaian keselamatan cawangan dan ketersambungan dengan Tembok Api Generasi Seterusnya (NGFW) yang dikuasakan oleh ML Palo Alto Networks.

 

Ini membolehkan pelanggan ViewQwest terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hinggalah kepada syarikat besar yang mempunyai cawangan-cawangan kecil atau jauh akan dilindungi daripada segala ancaman dan diberikan akses selamat tidak kira di mana pengguna berada. 

 

Palo Alto Networks NGWF terbaharu, PA-400 Series adalah ideal untuk organisasi yang sedang mencari sistem keselamatan cawangan dengan jumlah kos pemilikan (TCO) terendah, tetapi menginginkan keselamatan siber yang terbaik. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif ViewQwest, Vignesa Moorthy berkata, PA-400 Series yang didatangkan dengan Perkhidmatan Keselamatan melalui Awan mencerminkan pendekatan Keselamatan Rangkaian Kepercayaan Sifar menyeluruh Palo Alto Networks yang melindungi produktiviti dengan menawarkan keselamatan Perusahaan yang dipercayai ke dalam realiti baru bekerja secara jarak jauh, mudah alih dan hibrid. 

 

"Kami bangga kerana menjadi yang pertama melancarkan siri NGFW ini ke dalam pasaran Malaysia dan gembira kerana Palo Alto Networks berkongsi keyakinan kami bahawa ia akan memberikan impak positif kepada perusahaan di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

ViewQwest adalah Rakan Perkhidmatan Pengurusan Keselamatan Palo Alto Networks di Singapura dan Malaysia, yang menyediakan pelbagai jenis produk komprehensif, gred perusahaan Palo Alto Networks untuk semua saiz perniagaan. 

 

Perkhidmatan pengurusan yang ditawarkan termasuklah ViewQwest Secure Branch dan Managed SASE yang masing-masing dikuasakan oleh NGFW berkuasa ML Palo Alto Networks dan platform keselamatan melalui awan Prisma Access. 

 

PA-400 Series menawarkan keselamatan bertaraf dunia sama seperti perkakasan yang lebih besar, tetapi didatangkan dalam bentuk sebuah desktop yang kecil. 

 

Ia boleh didapati dalam empat model: PA-460, PA-450, PA-440, dan PA-410. Keempat-empat model ini menawarkan fleksibiliti untuk pelbagai keperluan prestasi. 

 

Setiap model tersebut menyokong ciri-ciri  Peruntukan Sifar Sentuhan (ZTP), pengurusan berpusat daripada Panorama dan menggabungkan perlindungan diketahui dan tidak diketahui terkini yang meliputi Pencegahan Pencerobohan, Anti-perisian hasad, keselamatan Sesawang, keselamatan DNS, dan VPN Jauh. 

 

Malah, ia juga sangat memudahkan pengurusan, keterlihatan dan keselamatan untuk cawangan-cawangan pengedaran dan memberikan keselamatan yang konsisten di semua lokasi. 

 

Sementara itu, Pengurus Negara Palo Alto Networks Malaysia, Suk Hua Lim berkata, dengan NGFW, para pelanggan ViewQwest boleh memberi perlindungan kepada semua lokasi jarak jauh dan cawangan kecil mereka secara konsisten dengan menggunakan perkakasan yang bersaiz kompak dan mudah untuk dipasang. - DagangNews.com