Yayasan Bank Rakyat sumbang 35 ekor lembu sempena ibadah korban | DagangNews Skip to main content

Yayasan Bank Rakyat sumbang 35 ekor lembu sempena ibadah korban

Dato’ Adnan Abu Hassan bersama pengurusan YBR dan pegawai Felcra pada majlis penyampaian daging korban sempena Aidiladha di Kuala Pilah, baru-baru ini.

KUALA PILAH 13 Julai  – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bagi pembelian 35 ekor lembu bagi melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha untuk diagihkan sekurang-kurangnya 4,650 golongan asnaf serta yang kurang berkemampuan.

 

Program yang melibatkan sukarelawan terdiri daripada pelajar tajaan YBR dalam membantu komuniti setempat bagi menguruskan ibadah korban.

 

Inisiatif ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan proses penyembelihan halal kepada masyarakat khususnya pelajar tajaan dan masyarakat mengenai sembelihan menurut Islam.

 

Di salah satu lokasi penerima program bantuan korban ini di sekitar Kuala Pilah telah disertai oleh Dato’ Adnan Abu Hassan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR. Turut hadir adalah Mustafa Sulaiman Pengurus Besar Wilayah Tengah Felcra Berhad, Dahari Bin Mohd Sham Pengurus Kawasan Temeris Felcra Berhad dan Syaiful Rizal Abdul Ghani Pengurus Besar YBR yang dilaksanakan bertempat di Kampung Temeris.

 

Sementara itu, Adnan berkata, program ini diharapkan dapat membantu 400 penerima terutamanya yang berada dalam kalangan keluarga B40, asnaf, mereka yang uzur dan penduduk setempat yang terjejas di sekitar Kuala Pilah.

 

Cakna dengan situasi masyarakat yang terkesan akibat gelombang COVID-19 yang melanda sejak dua tahun ini dan juga melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu, program sebegini diharapkan dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui amal jariah dan secara tidak langsung meningkatkan ilmu serta kesedaran dalam membantu masyarakat.

 

 

ybr

 

ybr

 

ybr

 

ybr

 

 

Tambah beliau lagi, “Bantuan yang disalurkan melalui program sebegini bertepatan dengan semangat sambutan Hari Raya Aidiladha, umat Islam digalakkan bersedekah serta memuliakan golongan yang memerlukan dan sebagai tanda ikhlas YBR dalam membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan.” - DagangNews.com