YNH Property buat laporan polis selepas berdepan serangan berita palsu, ugutan jenayah | DagangNews Skip to main content

YNH Property buat laporan polis selepas berdepan serangan berita palsu, ugutan jenayah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Feb - YNH Property Berhad mendedahkan bahawa kumpulan itu termasuk pengarah, pengursan serta pemegang saham mereka berhadapan dengan beberapa siri serangan berita palsu dan ugutan jenayah.

 

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, terdapat beberapa protal dan laman web berita yang meragukan telah menerbitkan beberapa siri artikel yang mengandungi dakwaan serius, tuduhan serta kesimpulan terhadap syarikat, pengarah, pengurusan dan pemegang saham mereka.

 

Katanya, artikel-artikel yang diterbitkan mengandungi representasi dan kenyataan yang berunsur fitnah dan palsu selain dengan sengaja memutarbelitkan maklumat yang dibentangkan sehingga mendatangkan kerosakan dan bahaya yang serius kepada operasi kumpulan itu.

 

"Kami juga ambil perhatian bahawa terdapat unsur-unsur ugutan jenayah yang berkaitan dengan berita palsu tersebut kerana terdapat ancaman lebih banyak berita palsu jika sejumlah wang tidak dibayar.

 

"Laporan polis telah dibuat berhubung ugutan jenayah berkenaan selain Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung penerbitan artikel berkenaan," katanya.

 

Kumpulan itu berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap perkar aitu dan mengambil tindakan bagi menjaga kepentingan pemegang saham dan pihak berkepentingan mereka.

 

Selain itu kata, syarikat itu juga sedang mendapatka khidmat nasihat mengenai perkara itu dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya perlu bagi melindungi kepentingan mereka.

 

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan berita palsu dan ugutan jenayah untuk menjejaskan reputasi syarikat dan pihak berkepentingan kami dan sama sekali tidak gentar dengan taktik jenayah yang digunakan terhadap kami.

 

"Syarikat komited untuk menyelesaikan perkara itu serta menggunakan semua cara yang ada bagi melindungi kepentingan syarikat dan pihak berkepentingan kami," katanya.

 

Syarikat itu menasihatkan orang ramai untuk melayari laman web www.ynhb.com.my bagi mendapatkan pengesahan bagi sebarang perkara berkaitan syarikat dan tidak terpedaya dengan sebarang berita palsu. - DagangNews.com