Bajet 2023 main peranan penting pacu proses pendigitalan PMKS - Altair | DagangNews Skip to main content

Bajet 2023 main peranan penting pacu proses pendigitalan PMKS - Altair

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Okt - Altair Engineering Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Altair Inc percaya Bajet 2023 memainkan penting dalam usaha mempercepatkan usaha pendigitalan dalan kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

 

PMKS merupakan tulang belakang kepada ekonomi Malaysia dengan menyumbang 37.4% atau RM518.1 billion Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan rekod 7.32 juta peluang pekerjaan.  

 

Proses pendigitalan dalam kalangan PMKS adalah sangat penting namun masih rendah di Malaysia.

 

Malaysia berada pada paras 55% dalam sub indeks perniagaan untuk penggunaan digital berbanding Singapura (86%), Brunei (66%) dan Vietnam (59%), seperti yang dilaporkan oleh Indeks Penerimaan Digital Bank Dunia.

 

Pengarah Urusan Altair ASEAN dan ANZ, Srirangam Srirangarajan berkata, perniagaan terutama PMKS perlu mengimbangi pelbagai keperluan dalam mengekalkan perniagaan dan pada masa sama memerlukan teknologi digital untuk kekal berdaya saing.

 

Katanya, pemberian geran kepada PMKS yang layak akan memberi manfaat besar sebagai pelaburan ke arah memajukan pendigitalan di Malaysia.

 

altair
Srirangam Srirangarajan

 

"Sokongan kewangan melalui geran membantu meringankan beban kewangan menggalakkan PMKS melabur dalam automasi dan penyelesaian pembelajaran mesin ke dalam operasi mereka.

 

"Menerusi cara itu mereka dapat mengoptimumkan kos, meningkatkan kecekapan dan meningkatkan pulangan pelaburan bagi jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

bajet

 

Beliau berkata, bahawa bajet itu harus merangkumi peruntukan untuk menggalakkan penyusunan peluang untuk memajukan pengalaman pendidikan dan pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

 

Katanya, adalah penting untuk membantu belia di sekolah dan universiti untuk mula menerima teknologi dalam industri seperti analisis data, kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin dan simulasi.

 

"Kami bekerjasama secara aktif dengan universiti untuk membangunkan kurikulum berasaskan industri dengan matlamat untuk membangunkan bakat yang sesuai dengan industri.

 

"Pendedahan awal kepada alatan dan penyelesaian industri dunia sebenar akan memperkasakan bakat masa depan untuk melangkah ke pasaran pekerjaan selain mengemudi penyusunan pekerjaan baharu dalam ekonomi digital di peringkat nasional dan global,” katanya. - DagangNews.com