KUALA LUMPUR 22 Mac - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menjangkakan purata harga gas domestik yang lebih tinggi pada 2023 akibat selang masa yang ketara antara harga minyak mentah dan harga gas domestik.
Firma itu berkata, keuntungan runcit Gas Malaysia Berhad adalah berdasarkan peratusan kos yang tidak didedahkan tetapi berdasarkan Harga Rujukan Malaysia (MRO) Petronas.
Katanya, MRP pula dikaitkan dengan harga minyak mentah Brent dan harganya menurun di bawah AS$80/bbl.
"Terdapat kebimbangan terhadap pendapatan kumpulan itu yang mengakibatkan kelemahan harga saham baru-baru ini.
"Kebimbangan terhadap kejatuhan harga minyak adalah berlebihan dan kami mengunjurkan hasil yang lebih tinggi untuk kumpulan itu pada FY23 selain untung bersih mereka akan bertambah kukuh dengan ketiadaan Cukai Makmur," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Firma itu berkata, selepas meneroka mekanisme, pihaknya mendapati terdapat sela masa lapan bulan yang ketara antara Brent dan MRP terpakai untuk 2023 akan menjadi 10% lebih tinggi.
"Kami menjangkakan hasil kumpulan memuncak pada suku pertama 2023," katanya.
Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) tidak berubah RM3.80 sesaham. - DagangNews.com