Pelabur tunjuk minat positif terhadap Top Glove, lebih 200 juta saham didagangkan pada Khamis - Maybank IB | DagangNews Skip to main content

Pelabur tunjuk minat positif terhadap Top Glove, lebih 200 juta saham didagangkan pada Khamis - Maybank IB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Mac - Top Glove Corporation Berhad yang merupakan antara pengeluar sarung tangan terkemuka dunia terus menarik perhatian pelabur di Bursa Malaysia tahun ini selepas menjadi antara saham paling aktif didagangkan semalam.

 

Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata, saham kumpulan itu menjadi yang kedua paling aktif di pasaran dengan jumlah dagangan sebanyak 200.33 juta.

 

Katanya, saham syarikat itu juga ditutup 7.37% lebih tinggi, menunjukkan terdapat minat belian yang kuat untuk saham tersebut.

 

"Sentimen positif itu boleh dikaitkan dengan keputusan kewangan kumpulan baru-baru ini, yang menyatakan bahawa Top Glove mula menaikkan harga jualan puratanya (ASP).

 

"Top Glove juga semakin aktif menutup beberapa kilang bagi mengurangkan kapasiti pengeluaran bagi mengimbangi bekalan dalam menghadapi penurunan permintaan untuk sarung tangan di seluruh dunia," katanya.

 

Terdahulu, kerugian bersih kumpulan itu adalah sebanyak RM164.67 juta pada 2QFY23 berbanding untung bersih RM87.55 juta pada tahun lalu.

 

BACA JUGA: Top Glove catat kerugian bagi suku tahun ketiga akibat lebihan stok, peningkatan kos pengeluaran

 

Hasil kumpulan itu juga menyusut lebih separuh kepada RM618 juta berbanding RM1.48 bilion sebelum ini.

 

Keputusan itu menyaksikan kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih untuk enam bulan pertama FY23 sebanyak RM332.9 juta berbanding untung bersih RM273.27 juta pada tahun lalu dan hasil juga merosot 58.2% kepada RM1.25 bilion berbanding RM3.09 bilion.

 

Firma itu berkata, sehingga kini saham kumpulan itu menunjukkan prestasi yang baik, mencatatkan keuntungan sebanyak 17.2%.

 

Katanya, keadaan itu menyerlahkan daya tahan serta keupayaan To Glove dalam menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang berubah-ubah.

 

Ini menyerlahkan daya tahan dan keupayaan TOPGLOV untuk menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang berubah-ubah. - DagangNews.com