Pelantikan Gabenor BNM akan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata Nor Shamsiah | DagangNews Skip to main content

Pelantikan Gabenor BNM akan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata Nor Shamsiah

Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus

KUALA LUMPUR 10 Feb - Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus masih membisu mengenai pelantikan semula beliau sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Kontrak beliau sebagai gabenor tamat pada 30 Jun tahun ini.

 

“Pelantikan gabenor ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi, bagi saya, saya fokus untuk menunaikan 'amanah' yang diberikan kepada saya untuk memastikan BNM terus melaksanakan mandatnya. Ia mengisi sebahagian besar masa saya, jikapun tidak semua” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi suku keempat 2022, hari ini.

 

Nor Shamsiah adalah wanita kedua yang dilantik sebagai Gabenor bank pusat berkuat kuasa 1 Julai 2018 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 18 Jun 2018 untuk tempoh lima tahun sehingga 30 Jun 2023.

 

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Muhammad Ibrahim yang meletak jawatan pada 15 Jun 2018.

 

Beliau merupakan timbalan gabenor BNM dari 2010 hingga 2016.

 

Nor Shamsiah mempunyai pengalaman luas di dalam bidang perbankan pusat termasuk pernah menjawat jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara dari tahun 2010 sehingga 2016 selain pernah berkhidmat dengan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

 

Beliau mula berkhidmat dengan BNM sejak 1987 dan terbabit dengan pelbagai sektor malah turut menjadi tulang belakang mencari inisiatif penyelesaian semasa Krisis Kewangan Asia. - DagangNews.com