Ramssol mungkin senaraikan Rider Gate di Nasdaq dalam masa 24 bulan, kata CGS-CIMB | DagangNews Skip to main content

Ramssol mungkin senaraikan Rider Gate di Nasdaq dalam masa 24 bulan, kata CGS-CIMB

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 17 Jan - Ramssol Group Berhad membangunkan Rider Gate iaitu platform aplikasi mudah alih untuk GT Max Motors pada 3QFY22, menurut firma CGS-CIMB Research.

 

Kumpulan itu akan menyelesaikan pembangunan platform itu dalam masa 12 bulan (menjelang 1HFY23) dengan anggaran perbelanjaan modal sebanyak RM25 juta.

 

"Ramssol juga mempunyai rancangan untuk mendapatkan pembiayaan luar bagi projek ini jika perlu.

 

"Ini mungkin termasuk menyenaraikan Rider Gate di Bursa Nasdaq dalam masa 24 bulan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, bagi bahagian Edutech, Ramssol menyasarkan untuk memacu pertumbuhan dalam segmen itu dengan menawarkan kursus pendidikan berkaitan penguatkuasaan dan pematuhan.

 

CGS-CIMB menjangkakan untung bersih kumpulan itu akan meningkat 38.2% dari tahun ke tahun bagi FY23 dan 18.5% pada FY24.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'tambah' dengan harga sasaran (TP) 45 sen sesaham. - DagangNews.com