Usahawan wanita perlu peka etika berniaga | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 13 Nov 2020 08:00 AM

Usahawan wanita perlu peka etika berniaga

 

ERA semasa telah menjadi bukti bahawa usahawan wanita itu amat penting dan berperanan di dalam memperluaskan peningkatan ekonomi negara. Namun demikian usahawan wanita ini perlu diberi beberapa panduan dan pendedahan etika berniaga dan memahami dengan terperinci mengenai peranan diri sendiri dalam aktiviti keusahawanan tersebut.

 

Penumpuan dari segi ketahanan daya saing yang tinggi dan daya tahan mengharungi permasalahan dalam perniagaan, pengurusan dalam perniagaan, pengurusan pemasaran dan pengurusan keperibadian sebagai usahawan wanita berjaya amat perlu. Jadi tidak semua usahawan wanita itu kuat dan faham akan peranan diri dalam melaksanakan usaha sebagai usahawan wanita yang hebat.

 

Pengukuran Pembangunan usahawan wanita selalu dijadikan ukuran dan ketepatan untuk dijadikan satu agenda nasional yang perlu difahami, dilaksanakan dan dijayakan oleh rakyat terutamanya usahawan wanita. Apabila disambungkan dengan agenda utama nasional maka sokongan daripada kerajaan dijadikan urusan penting yang diperkatakan sebagai pendokong utama pelaksanaan aktiviti keusahawanan.

 

Menyedari kepentingan aktiviti keusahawanan, kerajaan Malaysia telah memberikan tumpuan kepada pembangunan dan aktiviti keusahawanan. Walaupun beberapa penglibatan usahawan wanita telah mencapai kejayaan di Malaysia, namun kita masih lagi menghadapi permasalahan dalam perkembangan kejayaan usahawan wanita semasa.

 

Penyataan ini menggariskan kejayaan usahawan wanita itu adalah hasil daripada sumbangan sokongan kerajaan, motivasi dan matlamat diri dan model kewangan, dengan tiga indikator ini kejayaan usahawan wanita itu akan terhasil. Namun keberangkalian kegagalan bakal ada dalam bidang usahawan wanita ini.

 

Kejayaan Usahawan Wanita

Apakah persediaan diri untuk usahawan wanita ini cekal dalam menghadapi permasalahan dalam perniagaan atau kegagalan dalam perniagaan. Sebagai seorang usahawan wanita kecekalan itu bukan ukuran yang tepat tetapi pengetahuan dan bagaimana cara mengguna pakai kreativiti sendiri dalam menghadapi kejayaan atau kegagalan semasa.

 

Kategori usahawan wanita di waktu ini adalah berbeza, ada kategori usahawan wanita yang sudah lengkap dengan pengetahuan perniagaan, usahawan wanita yang masih mencari-cari arah apa ilmu pengetahuan yang diperlukan di dalam perniagaan. Ada usahawan wanita yang hanya mengikut keadaan semasa untuk berniaga. Mereka tidak memikirkan apakah bentuk pengurusan perniagaan yang diguna pakai sehinggakan kebarangkalian perniagaan yang dilaksanakan hanya untuk mendapatkan sumbangan perniagaan atau modal kewangan perniagaan yang bakal diguna pakai tanpa berniaga.

 

  1. Motivasi dan Matlamat

Kejayaan usahawan wanita perlu berdasarkan Motivasi dan Matlamat di dalam usaha perniagaan atau aktiviti perniagaan. Para usahawan wanita mempunyai pelbagai peringkat pendidikan di mana ia adalah sebagai satu alasan untuk usahawan wanita itu faham mengenai kepentingan pengetahuan perniagaan di dalam mempraktiskan ilmu perniagaan yang dipelajari atau diketahui. Tahap Pendidikan seringkali dinyatakan sebagai penyebab kepada usaha aktiviti perniagaan itu gagal, bukan peringkat pendidikan tetapi daya usaha dan keinginan untuk mengutip ilmu dalam memperbaiki aktiviti perniagaan semasa.

 

  1. Modal Kewangan

Modal kewangan sering dijadikan alasan bagi menjayakan aktiviti perniagaan para usahawan. Bagaimana para usahawan wanita itu mendapat modal kewangan adalah satu pendedahan pengetahuan perniagaan yang terbaik. Tetapi tidak ada peraksanaan aktiviti perniagaan mungkin disebabkan kepincangan corak motivasi diri dan kekeliruan matlamat individu sebagai seorang usahawan wanita,  atau tidak faham mengenai pengetahuan asas perniagaan yang perlu diamalkan.

 

  1. Sokongan Kerajaan

Bagaimana dengan sokongan kerajaan? Ia sentiasa diukur untuk dijadikan penunjuk sebab kenapa usahawan wanita itu gagal atau berjaya.

 

Dengan tiga indikator ini ia dapat dinyatakan, adakah kejayaan usahawan wanita itu berdasarkan indikator tersebut, motivasi dan matlamat perniagaan, sokongan daripada kerajaan dan modal kewangan. Maka jelas dinyatakan bahawa persoalan untuk ketiga-tiga indikator ini sebagai penentu kejayaan usahawan wanita itu adalah kurang tepat.

 

Proses Pengurusan strategik dan Perancangan semasa Sumber Manusia Usahawan Wanita (3pspUW.DrDtaj4000)

Dengan ketidaktepatan tiga indikator penentu kejayaan usahawan wanita ini (motivasi dan matlamat perniagaan, sokongan daripada kerajaan dan modal kewangan) adalah dicadangkan Proses Pengurusan strategik dan Perancangan semasa Sumber Manusia Usahawan Wanita (3pspUW.DrDtaj4000) untuk difahami dan dipraktiskan.

 

Pemahaman Proses Pengurusan Pentadbiran Perniagaan Usahawan amat diperlukan ini adalah aspek penting dalam merealisasikan sudut tempoh masa yang digandingkan bersama perancangan. Maka ketepatan perancangan itu amat penting, sebagai usahawan wanita perancangan diri sendiri sebagai tenaga sumber manusia itu akan berkekalan dan ia tidak akan disandang oleh pekerja yang lain. Pemahaman tentang bahagian ini adalah perlu untuk memberi informasi semasa dan tepat mengenai perjalanan perniagaan dari segi susun atur pekerja semasa dan pendekatan tindakan diri sendiri dilantik sebagai pekerja semasa.

 

Rajah 1: Proses Pengurusan strategik dan Perancangan semasa Sumber Manusia Usahawan Wanita (3pspUW.DrDtaj4000)

aaa

Kenapa pemahaman dalam pentadbiran perniagaan usahawan menyatakan diri sendiri dilantik sebagai kakitangan? Anda perlu memahami bahawa diri sendiri itu merupakan seorang kakitangan di dalam perniagaan tersebut sampai bila-bila. Pemahaman dan sedar akan situasi ini bakal memberi satu garis panduan kepada perkembangan motivasi dan perancangan kemajuan akan datang bahawa diri sendiri adalah seorang kakitangan yang perlu bekerja menggariskan dan melaksanakan tata kerja yang tepat dan teratur.

 

Ilmu pengurusan dan penilaian sumber manusia itu amat penting dan perlu dipraktiskan oleh setiap orang usahawan wanita. Ini kerana melalui pemahaman ilmu pengurusan dan penilaian sumber manusia ini dapat menjadikan usahawan wanita tersebut lebih berketerampilan dan produktif. Usaha perniagaan ini dapat dilaksanakan dengan pemahaman ilmu perancangan dan pengurusan sumber manusia dengan memberi penekanan membangunkan bakat, memahami akan kebolehan kendiri, berminat bukan terpaksa, dan mempunyai sikap kendiri yang positif.

 

Lantikan jawatan untuk diri sendiri atau pekerja, amat memerlukan ganjaran atau gaji. Maka individu sendiri harus faham akan pelaksanaan tugasan di dalam organisasi dan perniagaan memerlukan lantikan jawatan yang disertakan dengan ganjaran atau gaji biarpun perniagaan tersebut adalah perniagaan sendiri.

 

Apabila perniagaan itu adalah diusahakan dengan daya tenaga sendiri tanpa pekerja maka, diri sendiri harus mempunyai satu garis panduan bagi menyatakan bahawa diri sendiri merupakan pekerja di dalam perniagaan tersebut. Penyataan garis panduan deskripsi kerja itu amat penting supaya usaha pelaksanaan tugasan itu tidak terdampar atau tidak ketinggalan. Pengekalan hubungan tenaga kerja dapat dipraktiskan dengan baik apabila individu didalam organisasi tersebut faham maksud deskripsi kerja masing-masing.

 

Proses Pengurusan strategik dan Perancangan semasa Sumber Manusia Usahawan Wanita (3pspUW.DrDtaj4000) masih akan dikatakan gagal apabila pengusaha tersebut tidak mempunyai pengetahuan dan pendedahan terkini mengenai perubahan teknologi semasa. Teknologi semasa merupakan satu arah penting bagi membantu dalam melaksanakan proses 3pspUW.DrDtaj4000 dengan cemerlang dan berkesan.

 

Dengan adanya enam (6) proses Pengurusan Strategik dan Perancangan Semasa Sumber Manusia Usahawan Wanita (3pspUW.DrDtaj4000) ini, usahawan wanita terkini akan faham akan penilaian pentadbiran kerja dalam melaksanakan usahawan perniagaan sendiri dengan lebih mudah, berjaya dan cemerlang.

 

Matlamat proses Proses Pengurusan Strategik dan Perancangan Semasa Sumber Manusia Usahawan Wanita (3pspUW.DrDtaj4000), dapat jelas mewujudkan keperluan ilmu pengetahuan pengurusan strategik dan Perancangan semasa Sumber Manusia untuk memberi satu garis panduan yang padu kepada perlaksanaan perniagaan yang lebih tersusun dan boleh dijadikan bahan panduan untuk para usahawan wanita terkini.

 

Dengan mempraktiskan Proses Pengurusan Strategik dan Perancangan Semasa Sumber Manusia Usahawan Wanita (3pspUW.DrDtaj4000) ia dapat membangunkan dan memajukan potensi pengusaha sebagai satu aset yang penting kepada organisasi perniagaan, masyarakat dan negara ini.

 

Ia adalah kerana usaha pengamalan akan pengurusan strategik dan perancangan semasa sumber manusia untuk para usahawan wanita ini dapat melahirkan usahawan wanita yang lebih berpengetahuan, berkemahiran, berketerampilan, berdisiplin, produktif dan inovatif. - DagangNews.com

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia , Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah.

 

 

KOLEKSI DEWI

BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?

Kaum hawa semakin tidak beradab?

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation

Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut