Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]
KUALA LUMPUR 5 Feb. - Jenama ayam goreng kegemaran rakyat Malaysia, KFC berjaya merangkul trofi emas menerusi pengiktirafan Anugerah Putra Brand atau People’s Choice Awards dalam kategori Restoran dan Makanan Segera.
Kemenangan tersebut diumumkan oleh Jawatankuasa Penganjur Anugerah Putra Brand 2020 hari ini.
Timbalan Pengurus Besar Pemasaran KFC Malaysia, Evelyn Ng berkata, pihaknya gembira apabila masej jenama KFC diterima baik para pengguna dalam menghadapi cabaran tahun 2020.
"KFC merupakan sebuah jenama yang diinspirasikan oleh rakyat Malaysia, dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia, jadi pengekalan nilai-nilai ini amat penting terutamanya ketika rakyat Malaysia sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan ‘norma baharu’.
"Kami kukuhkan mesej mengutamakan kesihatan dan keselamatan para pelanggan dan warga pekerja, dan kami menginovasi cara baharu untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan," katanya dalam satu kenyataan.
Anugerah Putra Brand diberi berdasarkan Pengetahuan, Tanggapan, Tujuan, dan Sokongan para pengguna melalui hampir 6,000 undian.
Undian tersebut menjadikannya pengiktirafan sebenar hasil sokongan dan keyakinan para pengguna, dan terus mengukuhkan posisi KFC Malaysia sebagai salah satu jenama kegemaran rakyat Malaysia.
Tambah beliau, kempen pemasaran KFC selaras dengan identiti jenama yang meraikan Malaysia, rakyat Malaysia, dan warisan KFC di Malaysia.
Dalam pada itu, KFC lanjutkan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan membantu komuniti tempatan yang terjejas akibat pandemik ini dengan kempen CSR, Kita Fight COVID-19.
Mendepani cabaran pandemik pada 2020, KFC membuat pelaburan dalam e-dagang dan perkhidmatan tanpa sentuh selain memperluaskan rangkaian penghantarannya sekali gus mengembangkan titik akses para pelanggan untuk mendapatkan sajian KFC ketika PKP masih beroperasi.
Perkhidmatan KFC juga diperingkatkan dengan lebih kesenangan, ketersediaan, dan keselamatan dengan pengenalan Pandu Ambil iaitu khidmat tambahan kepada KFC Self Collect yang dilaksanakan di lebih 200 restoran.
Para pelanggan hanya perlu membuat pesanan dalam talian dan bawa pulang hidangan KFC tanpa perlu keluar daripada kereta.
Sementara itu, KFC turut memperkuatkan ideniti jenamanya melalui kempenkempen seperti Cheezy Cheezy Malaysia yang meraikan keajaiban Malaysia, KFC Cara Kita iaitu mural yang mempamerkan cinta KFC kepada Malaysia, dan #KepciKitchen yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk duduk di rumah dan jadi kreatif dengan juadah KFC.
"KFC komited untuk terus menguatkan hubungannya dengan para pelanggan dan selanjutnya melabur lebih dalam membina kecintaan jenama," tambahnya lagi. - DagangNews.com