KWSP buka cawangan baharu di Kwasa Damansara | DagangNews Skip to main content

KWSP buka cawangan baharu di Kwasa Damansara

Menara KWSP terletak di Persiaran Kwasa Utama, Kwasa Damansara, Seksyen U4, 40150, Shah Alam.

KUALA LUMPUR 4 Julai - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan pembukaan cawangan baharunya, KWSP Cawangan Kwasa Damansara yang terletak di Menara KWSP di Persiaran Kwasa Utama, Kwasa Damansara.

 

Pejabat baharu ini melengkapkan rangkaian cawangan KWSP di Shah Alam serta menawarkan perkhidmatan kepada ahli dan majikan bagi urusan berkaitan pendaftaran, penamaan, pengeluaran serta khidmat nasihat persaraan.

 

Pejabat KWSP Cawangan Kwasa Damansara ini dibuka setiap hari Isnin sehingga Jumaat, bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

Waktu operasi kaunter di cawangan bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang, Isnin sehingga Jumaat.

 

Berikut adalah alamat penuh pejabat cawangan:

Tingkat Bawah, Menara KWSP,
Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara,
Seksyen U4,
40150, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 6122 6000
Faks: +603 8922 6222

 

KWSP kini mengendalikan sejumlah 68 cawangan di keseluruhan enam wilayah utama di Malaysia.

 

Ahli dinasihatkan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau kunjungi mana-mana kaunter KWSP di seluruh negara untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan KWSP. - DagangNews.com