Kejohanan E-sukan Dunia ke-12 peringkat Asia bermula 27 Oktober | DagangNews Skip to main content

Kejohanan E-sukan Dunia ke-12 peringkat Asia bermula 27 Oktober

Kejohanan E-sukan Dunia ke-12

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Saingan kelayakan untuk Kejohanan E-sukan Dunia ke-12 bagi peringkat Asia akan bermula pada pada 27 Oktober 2020.

Persekutuan eSport Antarabangsa (IESF) berkata, sebanyak 18 negara dari Asia akan bersaing dalam peringkat kalayakan yang akan dianjurkan secara dalam talian.

"Kejuaraan E-sukan Dunia ke-12 pada tahun ini akan menetapkan pananda aras baharu kerana ia dijangka akan menjadi kejohanan terbesar.

"Kira-kira 74 buah negara secara keseluruhan akan turut serta, manakala 18 buah negara adalah dari Asia," jelas IESF dalam satu kenyataan.

Saingan peringkat kelayakan dunia akan mula disiarkan secara dala talian bermula 20 Oktober hingga 22 November 2020.

Kesemua saingan tersebut akan menentukan pertempuran akhir kejohanan dunia itu yang akan diadakan di Eilat, Israel.

Peminat e-sukan boleh memberi perhatian kepada tiga permainan utama iaitu Dota2, Tekken 7 dan eFootball PES 2021 SEASON UPDATE.

Setiap saingan di setiap rantau akan diberi slot kelayakan yang tetap.

 

Berikut merupakan slot kelayakan bagi saingan kelayakan rantau Asia;


1. Final Dota 2 - 3 Slot: 
● Satu (1) slot untuk pasukan Asia Selatan
● Satu (1) slot untuk pasukan Asia Tenggara
● Satu (1) slot untuk pasukan Asia Timur
● Satu (1) slot untuk pasukan CIS


 

2. Tekken 7 Final - 5 Slot: 
● Satu (1) slot untuk pasukan Asia Selatan
● Satu (1) slot untuk pasukan Asia Tenggara
● Dua (2) slot untuk pasukan Asia Timur
● Satu (1) slot untuk Asia Tengah dan Timur Tengah / Afrika Utara


 

3. eFootball PES 2021 SEASON Final UPDATE - 5 Slot: 
● Satu (1) slot untuk pasukan Asia Selatan
● Satu (1) slot untuk pasukan Asia Tenggara
● Dua (2) slot untuk pasukan Asia Timur
● Satu (1) slot untuk Asia Tengah dan Timur Tengah / Afrika Utara


Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Penganjur  Tempatan, Ido Brosh berkata, pihaknya begitu teruja membuat pengumuman kejohanan berkenaan menjelang pertandingan akhir di Eilat, Israel.

"Kami menantikan pengumuman seterusnya berkaitan perlawanan akhir di Eilat dan mengucapkan selamat berjaya kepada rakan kongsi kami serta semua yang terlibat tanpa mengira peranan dan kapasiti mereka.

"Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan daripada mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden IESF, Vlad Marinescu berkata, pihaknya sangat gembira dengan kejohahan berkenaan untuk semua peminat e-sukan di seluruh dunia.

"Kejohanan Dunia IESF ke-12 tidak hanya meneruskan pada yang ingin kita capai sejak hari pertama IESF ditubuhkan, namun ia juga menunjukkan komitmen kami dalam memastikan bahawa e-sukan tetap berkembang walaupun masih ada sekatan global di seluruh dunia," jelasnya.

 

Berikut adalah jadual lengkap peringkat kelayakan rantau Asia mengikut jenis permainan;

 Jadual perlawanan bagi permainan eFootball PES 2021 SEASON Final UPDATE
Jadual perlawanan bagi permainan eFootball PES 2021 SEASON Final UPDATE

 

 

Jadual perlawanan bagi permainan Tekken 7
Jadual perlawanan bagi permainan Tekken 7

 

 

Jadual perlawanan bagi permainan Dota 2
Jadual perlawanan bagi permainan Dota 2

 

Jadual penuh setiap perlawanan boleh diakses melalui laman web rasmi IESF World Championship dan platform media sosialnya. - DagangNews.com