Skip to main content
DagangNews.com
CIKGU SAHAM - 9 March 2021

Kesalahan yang kerap dilakukan oleh newbie dalam urus niaga saham

 

SEBAGAI orang baharu dalam saham sememangnya akan kerap melakukan kesilapan. Kesilapan ini boleh jadi kesilapan yang berbeza-beza ataupun kesilapan yang sama yang dilakukan berulang-ulang kali.

Seorang newbie saham boleh jadi:

1. Tidak mempunyai apa-apa ilmu tentang pasaran saham. Sekadar mempunyai akaun CDS (Central Depository System) sahaja.

2. Mempunyai pengalaman memohon saham IPO (Initial Public Offering) sahaja dan belum pernah membeli apa-apa saham di pasaran terbuka.

3. Mempunyai pengalaman berdagang saham tetapi tidak mempunyai ilmu tentang perdagangan saham, ilmu analisis teknikal mahupun fundamental. Kategori ini biasanya membeli saham mengikut kata hati dan suka-suka. Boleh jadi juga mengikut saranan rakan-rakan atau mengikuti tips dari media sosial atau kumpulan saham.
 

4. Mempunyai akaun CDS dan hanya mempunyai ilmu asas tentang pelaburan saham. Memperoleh ilmu yang sedikit dan tidak lengkap kerana mengikuti pembelajaran tentang pasaran saham melalui kelas atau seminar di peringkat asas sahaja dan yang percuma. Kelas-kelas percuma ini walaubagaimanapun tidak merangkumi pembelajaran yang menyeluruh. Perlu mengikutinya dalam satu tempoh yang panjang kerana modul yang disediakan tidak mencukupi atau lengkap.

 

5. Tidak mempunyai remisier atau ejen yang boleh membantu. Ini kerana menggunakan khidmat wakil peniaga berdaftar atau remisier perlu membayar komisen yang lebih tinggi berbanding jika tanpa agen. Topik kebaikan menggunakan khidmat remisier ini akan dihuraikan di ruangan ini pada masa hadapan.
 

 

cikgusaham

 

Perlu diingatkan, untuk membuat pembelian dan penjualan saham tidak boleh dilakukan tanpa ilmu. Ia merupakan tiang asas bagi seseorang pelabur mahupun pedagang untuk berjaya membuat keuntungan demi keuntungan berpanjangan dan mengurangkan risiko kerugian.

 

 

Risiko kerugian tetap ada kerana pasaran saham turun naik tanpa kawalan. Harga saham-saham syarikat tersenarai di papan Bursa Malaysia bergerak kerana terdapatnya pembelian dan penjualan.

 

 

Sekiranya pembelian mengatasi penjualan maka harga saham akan bergerak naik. Begitu seterusnya jika terdapat penjualan yang besar harga saham boleh merudum atau jatuh dengan banyak.

 

 

Katalis juga memainkan peranan dalam pasaran saham. Begitu juga sentimen. Sentimen negatif akan melemahkan atau mengakibatkan banyak harga saham-saham syarikat tersenarai di Bursa Malaysia turun dan sentimen positif pula akan merancakkan kegiatan beli jual saham dan banyak saham berada dalam aliran menaik.

 

Justeru sebagai orang baharu atau newbie, mereka belum atau tidak pernah melihat aktiviti-aktiviti ini. Mereka belum lagi melihat kejatuhan harga saham secara limit down. Mereka belum pernah lagi melihat kejatuhan indeks pasaran saham FBMKLCI yang mengakibatkan banyak saham rugi berbanding saham-saham untung.

 

 

cikgusaham

 

Maka sebagai newbie, mereka memerlukan orang-orang yang boleh memberitahu mereka mengenai perkara-perkara tersebut. Memberi peringatan, panduan dan maklumat tentang perlakuan atau perjalanan pasaran saham Bursa Malaysia.

 

 

Maka orang-orang tersebut sudah tentulah merupakan orang-orang yang berpengalaman yang telah melalui proses turun naik pasaran saham bertahun-tahun lamanya. Orang-orang ini merupakan ejen atau wakil peniaga berlesen itu sendiri yang bertempat di syarikat broker-broker saham.

 

 

Ada terdapat ramai dalam kalangan ejen atau wakil peniaga berlesen ini yang menganjurkan kelas pembelajaran saham. Maka, newbie perlu juga perlu bijak memilih mana-mana ejen yang boleh memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang berpanjangan.

 

 

cikgusaham

 

 

Dan baru-baru ini, Suruhanjaya Sekuriti telah mengeluarkan senarai nama individu-individu yang tidak berlesen dan tidak bertauliah yang telah menganjurkan kelas-kelas dan seminar saham. Ini memberi peringatan agar masyarakat berhati-hati dalam mendapatkan ilmu dan bimbingan yang betul.

 

Seelok-eloknya buka akaun CDS (Central Depository System) di bawah ejen atau remisier yang anda hadiri kelas pembelajaran saham kerana secara tidak langsung mereka akan memantau potfolio pelaburan anda. - DagangNews.com

 

Cikgu Saham Zuraida juga merupakan penulis buku saham "Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham'. Anda yang berminat boleh dapatkan buku ini dengan menghubungi talian 017-3084787.

 

KOLEKSI CIKGU SAHAM:

2 TAHUN BELAJAR SAHAM DENGAN GURU YANG SAMA

Panduan untuk kawal emosi semasa berurus niaga saham

SERBA TAK KENA BILA BERJUAL BELI SAHAM

Jangan panik semasa bursa tidak menentu

Dagangan tinggi tidak semestinya bermakna saham akan naik juga

Apakah kesan ke atas Bursa Malaysia bila tercetus kerajaan mahu perketat semula PKP?

 

 

 

 

 

Portfolio Tags