KUALA LUMPUR 21 Jun – Sementara anda sentiasa kekal selamat dengan duduk di rumah, KFC akan selalu menawarkan menu menarik untuk menawan deria rasa anda!
Kali ini, KFC membawa anda mengembara kulinari dengan ciptaan terbaharunya, KFC Balinese Crunch. Untuk waktu terhad, KFC Balinese Crunch bakal membawa anda ke Pulau Bali dengan rasa pedas pedas masam-masamnya yang menyaluti ayam signature Hot & Spicy kami.
KFC Balinese Crunchmenggunakan pelbagai herba, rempah ratus, dan ramuan tradisional termasuk daun limau purut kaffir, serai, pes udang, perasa bawang merah sitrus istimewa, dan banyak lagi.
Menu baharu ini bakal merangsang keseluruhan persepsi rasa anda, pedas, masam, masin manis dengan setiap gigitan rangup!
“Aktiviti melancong mungkin mengambil masa untuk kembali seperti normal, namun tidak semestinya anda tidak boleh pergi ke destinasi idaman.
"Mari melancong ke Bali dengan KFC Balinese Crunch baharu, dicipta khas untuk mengubat kerinduan melancong anda, dari keselesaan rumah anda,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.
Jadi, gayakan baju aloha atau tropikal anda kerana KFC Balinese Crunch akan dilancarkan esok di restoran KFC seluruh negara.
Bermula RM15.99, anda boleh dapatkan KFC Balinese Crunch melalui 3 pilihan iaitu Kombo 2-ketul, Kombo 3-ketul, dan Box Meal yang turut disertakan BurgerZinger. - DagangNews.com