KNM dapat kontrak RM17.7 juta daripada unit Saudi Aramco | DagangNews Skip to main content

KNM dapat kontrak RM17.7 juta daripada unit Saudi Aramco

 

 


KUALA LUMPUR 29 Okt. - KNM Group Bhd. menerusi anak syarikat milik penuh tidak langsung, FBM Hudson Italiana SpA menerima pesanan pembelian (PO) daripada subsidiari Saudi Aramco, Saudi Basic Industries Corp. (SABIC) bagi membekalkan penukar reaktor gas, berjumlah hampir RM17.7 juta.

 

Penukar haba gas/gas membenarkan pemindahan kuantiti haba yang diperoleh daripada gas mentah terus ke bahagian gas bersih.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, KNM berkata, tempoh pembekalan dan penghantaran urus niaga itu adalah untuk tempoh kira-kira 55 minggu dari tarikh PO.

 

"Urus niaga ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan KNM bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dan 2023," katanya.

 

SABIC adalah syarikat senaraian awam yang berpangkalan di Riyadh, Arab Saudi dan merupakan antara pengeluar petrokimia terbesar dunia.

 

Sebanyak 70% sahamnya dimiliki Saudi Aramco manakala selebihnya diniagakan secara terbuka dalam pasaran Saudi Stock Exchange. - DagangNews.com