Penduduk Malaysia dianggarkan 32.7 juta pada 2022 - DOSM | DagangNews Skip to main content

Penduduk Malaysia dianggarkan 32.7 juta pada 2022 - DOSM

Berdasarkan definisi United Nations, Malaysia telah menjadi negara menua. - Gambar motomoto sc
Oleh JOHARDY IBRAHIM

JUMLAH penduduk Malaysia pada 2022 dianggarkan 32.7 juta orang berbanding 32.6 juta orang pada 2021, dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 0.2 peratus, demikian menurut  penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2022.

 

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penduduk warganegara meningkat daripada 30.0 juta orang pada 2021 kepada 30.2 juta orang pada 2022, dengan kadar pertumbuhan penduduk warganegara turun daripada 0.8 peratus kepada 0.7 peratus bagi tempoh yang sama.

 

Menurut  penerbitan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu hari ini, beliau berkata komposisi penduduk warganegara pada 2022 meningkat kepada 92.6 peratus iaitu peningkatan sebanyak 0.5 mata peratus berbanding 92.1 peratus pada 2021.

 

"Pada 2022, penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 17.0 juta dan 15.7 juta. Nisbah jantina adalah 109 lelaki bagi setiap 100 perempuan," katanya.

 

Mohd Uzir berkata komposisi penduduk berumur 0-14 tahun iaitu kategori umur muda pada 2022 menurun kepada 23.2 peratus berbanding 23.6 peratus pada 2021, manakala komposisi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.4 peratus pada 2021 kepada 69.5 peratus pada 2022.

parafrasa

Penurunan kadar pertumbuhan penduduk ini disebabkan oleh bilangan penduduk Bukan Warganegara yang lebih rendah iaitu daripada 2.6 juta (2021) kepada 2.4 juta (2022). Ini adalah selari dengan sekatan perjalanan antarabangsa oleh negara semasa penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia pada tahun 2020 dan 2021.

 

Penduduk Warganegara meningkat daripada 30.0 juta pada 2021 kepada 30.2 juta pada 2022 dengan kadar pertumbuhan penduduk Warganegara menurun daripada 0.8 peratus kepada 0.7 peratus bagi tempoh yang sama”.

 

Penurunan kadar pertumbuhan penduduk yang perlahan ini turut berlaku di beberapa negara lain seperti Singapura (-0.3%), Australia (1.3%), United Kingdom (0.4%),
Jepun (-0.3%), New Zealand (1.3%) bagi beberapa tahun ke belakang disebabkan oleh penurunan kadar kesuburan jumlah dan migrasi bersih Antarabangsa serta peningkatan bilangan kematian disebabkan oleh penuaan Penduduk.

 

 

Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin
Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

 


Komposisi penduduk Warganegara pada 2022 meningkat kepada 92.6 peratus iaitu peningkatan sebanyak 0.5 mata peratus berbanding tahun 2021 (92.1%). Manakala
komposisi penduduk Bukan Warganegara terus menurun daripada 7.9 peratus kepada 7.4 peratus bagi tempoh yang sama.

 

Komposisi penduduk berumur 0-14 tahun (umur muda) pada 2022 menurun kepada 23.2 peratus berbanding 23.6 peratus pada 2021. Manakala, komposisi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 69.4 peratus pada 2021 kepada 69.5 peratus pada 2022.

 

Penurunan kumpulan umur bekerja disebabkan oleh komposisi pekerja asing lelaki bukan warganegara. Peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 7.0 peratus kepada 7.3 peratus bagi tempoh yang sama.

 

Berdasarkan definisi United Nations, Malaysia telah menjadi negara menua. Umur penengah turut meningkat daripada 30.1 tahun pada 2021 kepada 30.4 tahun pada 2022.

 

Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin menambah, "Daripada 30.2 juta penduduk Warganegara, komposisi Bumiputera meningkat 0.3 mata peratus kepada 69.9 peratus pada 2022 berbanding 69.6 peratus pada 2021. Walau bagaimanapun, komposisi penduduk Cina dan India masing-masing menurun kepada 22.8 peratus (2021: 23.0%) dan 6.6 peratus (2021: 6.7%). Manakala etnik Lain-lain masing-masing kekal pada 0.7 peratus”.

 

Selain itu, beliau juga menyatakan, “Terdapat 10 negeri mencatatkan kadar pertumbuhan lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan diperingkat Nasional. Tiga negeri yang
mencatatkan komposisi penduduk tertinggi pada 2022 ialah Selangor (21.6%) diikuti Johor (12.3%) dan Sabah (10.4%). Sebaliknya, W.P. Labuan dan W.P. Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu masing-masing 0.3 peratus dan 0.4 peratus.


 

parafrasa
Orang ramai bersantai di lalaport Bukit Bintang. - Gambar Dave Yap

 


Walau bagaimanapun, W.P. Putrajaya mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan tertinggi bagi tempoh 2021-2022 iaitu 4.3 peratus. Buat julung kalinya, penduduk Melaka mencecah 1.0 juta orang pada 2021”.

 

W.P. Putrajaya mencatatkan jumlah penduduk muda (0–14 tahun) tertinggi dengan 37.4 peratus manakala Sabah mencatatkan jumlah penduduk umur bekerja (15–64 tahun) tertinggi dengan 65.1 peratus pada 2022.

parafrasa

Secara purata, Malaysia mempunyai kepadatan penduduk 99 orang per satu kilometer persegi. W.P Kuala Lumpur mempunyai kepadatan penduduk tertinggi dengan 8,045 orang per satu kilometer persegi, diikuti oleh W.P. Putrajaya (2,418) dan Pulau Pinang (1,656).

 

Sarawak mempunyai kepadatan penduduk terendah dengan 20 orang per satu kilometer persegi, diikuti oleh Pahang (45) dan Sabah (46). - DagangNews.com