Proton X50 dijual pada harga bermula RM79,200 | DagangNews Skip to main content

Proton X50 dijual pada harga bermula RM79,200

1.5TGDi Flagship

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Susulan kejayaan pelancaran rasmi Proton X50 yang dijalankan secara maya hari ini, Proton turut mengumumkan senarai harga untuk kesemua varian model berkenaan.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu ditawarkan pada harga bermula RM79,200 bagi varian 1.5T Standard.

 

Varian 1.5TGDi Flagship
Varian 1.5TGDi Flagship

 

Manakala varian 1.5T Executive, model tersebut ditawarkan pada harga RM84,800, varian 1.5T Premium (RM93,200) dan varian tertinggi 1.5TGDi Flagship pula ditawarkan pada harga RM103,300.

 

varian 1.5T Executive
Varian 1.5T Executive

 

Berikut adalah jadual harga atas jalan (OTR) Protn X50;

Jadual harga atas jalan (OTR) Protn X50


Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, Proton X50 juga dilengkapi dengan pakej komprehensif untuk meningkatkan pengalaman pemilikan termasuk jaminan jarak jauh tanpa had lima tahun dan pakej data 5 tahun dengan 1GB data percuma setiap bulan.

 

Varian 1.5T Premium
Varian 1.5T Premium 

 

30,000 pelanggan pertama yang membuat tempahan sebelum dan pada 31 Disember 2020 juga akan berpeluang menerima caj buruh percuma untuk lima kali servis.

Semua pelanggan juga ditawarkan dengan pelbagai faedah sekiranya mereka mendapat insurans PROTON X50 mereka melalui Pakej Perlindungan Insurans Premium PROTON. 

Tambah beliau, kadar pembiayaan pinjaman yang rendah bermula dari 2.22% turut ditawarkan kepada semua pembeli melalui syarikat kewangan dalaman PROTON, Proton Commerce Sdn. Bhd.

 

varian 1.5T Standard
Varian 1.5T Standard.

 

"Kami yakin pelanggan akan gembira dengan spesifikasi, harga dan pakej faedah yang ditawarkan dengan pembelian PROTON X50. 

"Terdapat varian yang sesuai dengan setiap keperluan dan perbelanjaan dan kami berharap seperti PROTON X70, SUV baharu kami akan membawa ramai lagi pelanggan ke bilik pameran kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelancaran rasmi menerusi laman Facebook rasmi Proton Holdings Bhd (PROTON), Proton Cars itu merupakan acara kemuncak program publisiti selama enam minggu berturut-turut yang dimulakan dengan pengeluaran unit pertama dari kilang di Tanjung Malim dan merangkumi prebiu untuk pihak media serta pelanggan yang diadakan di seluruh negara. - DagangNews.com