Visa: Enam trend mencorakkan perdagangan digital di Malaysia pada 2022 | DagangNews Skip to main content

Visa: Enam trend mencorakkan perdagangan digital di Malaysia pada 2022

Oleh NG KONG BOON

DUNIA perdagangan digital dijangka menjadi industri yang bernilai AS$2 trilion di Asia Pasifik menjelang 2025.

 

Dalam pada itu, Visa melihat enam trend penting yang bakal menjelma dalam tempoh yang mendatang.

 

Seluruh dunia menjadi pasaran

Zaman di mana kita tidak sabar-sabar menunggu ketibaan hujung minggu untuk keluar membeli-belah sudah berlalu. Pengguna kini mengharapkan titik pembelian yang berkisar pada kehidupan sosial mereka.

 

Satu contoh ialah aktiviti penstriman langsung di rangkaian sosial yang membolehkan mereka berinteraksi dengan personaliti atau pempengaruh dan membeli dalam masa sebenar.

 

Sambil titik sentuhan digital terus berkembang dan diterapkan dalam setiap aspek kehidupan, kita boleh membayangkan masa depan apabila kita membeli barang bukan lagi di mana-mana satu kedai, dan seluruh dunia menjadi pasaran kita.

 

Ini bermakna kita boleh membeli mengikut kelapangan masa kita di saluran yang dikehendaki, dan bukannya memerhatikan sama ada stok sudah tiba atau terpaksa menunggu lama untuk sesuatu barangan dihantar.

 

Sejak pandemik, Malaysia telah mencatatkan lebih daripada tiga juta pengguna digital baharu dengan 94% daripada pengguna zaman pandemik memanfaatkan perkhidmatan digital dan 98% bercadang untuk terus menjadi pengguna digital dalam dunia pasca COVID.

 

 

Ng Kong Boon
       Ng Kong Boon merupakan Pengurus Negara bagi Visa Malaysia

 

 

Kasut yang boleh dimuat turun dan barangan digital baharu

Sambil pembeli meluangkan lebih banyak masa di dalam talian, pengalaman pembelian digital baharu dan barangan digital sepenuhnya kini muncul.  Bukan sahaja saluran yang kita beli akan beralih ke dunia digital, tetapi barangan yang kita beli juga mungkin hanya wujud di alam maya.

 

Kini semakin banyak produk menawarkan  ciri-ciri digital sepenuhnya yang unik, menggalakkan penghayatan dan interaksi digital berbentuk baharu dengan pelanggan. Kami melihat hakikat ini menerusi percubaan produk dalam realiti maya bagi produk kosmetik, serta pakaian dan kasut maya yang mudah dimuat turun.

 

Justeru, Visa meramalkan lebih banyak perniagaan akan menguji produk digital sepenuhnya untuk menceburi segmen baharu dan memenuhi permintaan pengguna di saluran di mana mereka sudah melaburkan wang dan masa mereka.

 

Menceburi metaverse atau alam meta

Soalan yang mungkin terlintas dalam fikiran ialah di mana pengguna boleh memakai kasut yang boleh dimuat turun? Barangan digital sepenuhnya akan menjadi sebahagian penting daripada metaverseiaitu persekitaran maya yang boleh dijelajah dan disertai secara digital sepenuhnya. 

 

Di dalam metaverse, anda boleh memiliki NFT atau non fungible token (token pengenalan unik), untuk aset digital seperti seni, bahan koleksi, dan alat permainan dan boleh menjual aset dengan mudah kepada pihak lain yang berada dalam rantaian blockchain.​

 

Dalam percaturan mengembangkan sayap perniagaan, syarikat-syarikat perlu menceburi dunia Metaverse.

 

Seruan kepada Perniagaan: inilah masa untuk melangkah ke dunia digital

Dalam kesungguhan syarikat-syarikat terus mendigitalkan operasi mereka, masih terdapat jurang antara pejabat hadapan dan belakang. Titik perhubungan pelanggan selalunya mendapatkan perhatian utama dalam proses pendigitalan kerana dianggap memberikan kesan paling besar.

 

Bagaimanapun, dengan mengabaikan infrastruktur pejabat belakang, rantaiannya mungkin terputus. Menurut Bank Dunia Malaysia, 98.5% daripada 920,624 perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia ketinggalan dari segi pelaksanaan proses pendigitalan. Inilah masanya untuk membawa perniagaan secara sepenuhnya anda ke alam digital.

 

 

volatiliti

 

 

Perdagangan glokal

Sekatan dalam rantaian bekalan global telah mendesak perniagaan untuk mencari saluran alternatif lain dengan segera. Pada hakikatnya rantaian bekalan masa depan mesti dipelbagaikan untuk meliputi saluran global dan tempatan supaya mampu menangani sebarang sekatan.

 

Sesebuah syarikat akan mencari rakan-rakan niaga dari tempat-tempat lain untuk membangunkan rangkaian pelbagai yang boleh dilencongkan ke arah lain jika berlaku gangguan.

 

Sumber kredit dan modal kerja serba baharu

Untuk perniagaan dan pengguna, kini lebih mudah mendapatkan kredit hasil keleluasaan data.

 

Di banyak tempat, taja jamin kredit masih dilakukan dengan cara lama yang mengecualikan sekumpulan besar insan yang kehidupan dan kerjaya mereka tidak menepati keperluan pasaran kredit lama.

 

Tetapi kini lebih banyak data yang boleh digunakan memandangkan semakin banyak aspek kehidupan dan perniagaan yang kini didigitalkan.

 

Maklumat seperti perolehan inventori, aliran tunai bersih atau pesanan pembelian boleh menjadi data yang digunakan oleh perniagaan untuk mendapatkan sumber modal baharu. – DagangNews.com