Kenaikan berterusan premium insurans ancam akses kepada penjagaan kesihatan swasta - CAP | DagangNews Skip to main content

Kenaikan berterusan premium insurans ancam akses kepada penjagaan kesihatan swasta - CAP

Gambar Mufid Majnun/ Unsplash
Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 27 Nov - Kenaikan premium insurans akan menyebabkan golongan berpendapatan sederhana dan miskin tidak mendapat peluang menikmati penjagaan kesihatan swasta.

 

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, kebimbangan itu disokong oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019, yang mendedahkan hanya 22 peratus rakyat Malaysia dilindungi insurans kesihatan, manakala 43 peratus daripada mereka yang tidak dilindungi menyatakan kemampuan kewangan sebagai halangan utama.

 

"Kerajaan perlu menangani punca kenaikan premium insurans, satu isu yang berterusan dan belum diselesaikan. Jelas bahawa penjagaan kesihatan swasta semakin tidak mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia biasa.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7441824763216956679.jpg?itok=QFA1Pf8w","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7441824763216956679?is_from_webapp=1&sender_device=pc","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

"Walaupun usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan awam, ia masih tidak mencukupi untuk mengurangkan tekanan ke atas sistem tersebut. Ramai rakyat Malaysia yang tidak mampu menanggung kos penjagaan kesihatan swasta akhirnya membebani perkhidmatan kesihatan awam," katanya dalam satu kenyataan.

 

Beliau berkata, sebagai contoh, pelaksanaan caj pematuhan peraturan merupakan langkah ke arah ketelusan dalam penetapan harga ubat.

 

"Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 boleh memberikan keadilan dan kos penjagaan kesihatan yang mampu milik," ujarnya.

 

Mohideen berkata, ketelusan kekal sebagai isu yang dipertikaikan, dengan pesakit yang menggunakan insurans kesihatan peribadi mengadu mengenai caj tambahan.

 

Beliau menjelaskan, walaupun caj profesional dikawal di bawah Garis Panduan Nomenklatur dan Nilai Berkaitan Prosedur Perubatan, kos ubat dan barang-barang lain masih tidak dikawal.

 

Beliau juga berkata, kajian NHMS 2023 menunjukkan 54.8 peratus kemasukan hospital dibiayai oleh pesakit sendiri atau ahli keluarga, manakala hanya 15 peratus dilindungi oleh insurans kesihatan swasta.

 

"Dengan premium insurans yang dijangka bertambah antara 40 hingga 70 peratus pada 2025, beban ke atas pemegang polisi akan semakin meningkat," katanya. - DagangNews.com

 

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/HM8EosMfJNk.jpg?itok=vwrmYcqW","video_url":"https://youtu.be/HM8EosMfJNk","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}