2022 kekal stabil bagi UOA REIT - HLIB Research  | DagangNews Skip to main content

2022 kekal stabil bagi UOA REIT - HLIB Research 

Oleh NABILA YASMIN RAZIB

KUALA LUMPUR 21 Jan - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menjangkakan 2022 akan kekal stabil bagi UOA REIT memandangkan pendedahan runcit yang minimum tidak seperti REIT berasaskan pusat beli-belah lain. 

 

Dalam nota penyelidikannya, HLIB Research berkata, UOA REIT dijangka terus menumpukan kepada pengurusan modal yang berhemat walaupun potensi pemerolehan dijangka tidak berlaku dalam masa terdekat dengan lokasi pilihan adalah dalam kawasan Lembah Klang.

 

"Kami mengekalkan ramalan pendapatan UOA REIT kerana keputusan yang dicatatkan baru-baru ini adalah selaras dengan unjuran yang dibuat sebelum ini.

 

"Kami juga mengekalkan panggilan HOLD dengan harga sasaran (TP) RM1.14," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

 

UOA REIT mencatat keuntungan bersih teras 4QFY21 sebanyak RM14.9 juya (-13.9% QoQ, +48.7% YoY) menjadikan jumlah tahun FY21 penuh kepada RM64.0 juta  (+68.9%).

 

Hasil kasar jatuh kepada RM28.0m (-6.1%) disebabkan oleh penurunan dalam penghunian dalam beberapa aset lama. 

 

Selain itu, peningkatan dalam perbelanjaan hartanah (+7.6%) daripada kos penyelenggaraan yang lebih tinggi yang ditanggung, membawa kepada penurunan dalam NPI (-9.8%). 

 

Ia mengakibatkan keuntungan bersih teras Kumpulan jatuh kepada RM14.9 juta (-13.9%).

 

Hasil bagi tempoh di bawah semakan bagaimanapun meningkat (+54.7% YoY, +60.8% YTD) terutamanya disebabkan oleh Menara Korporat UOA yang baru diambil alih pada Disember 2020.

 

Perbelanjaan operasi hartanah juga meningkat (+42.8% YoY, +30.6% YTD) disebabkan oleh perbelanjaan penyelenggaraan yang lebih tinggi. -DagangNews.com