Prolintas sahkan kakitangan direman selepas SPRM menahan CEO bersama 7 lagi atas dakwaan rasuah
KUALA LUMPUR 26 Jun - Ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang dan tujuh lagi ditahan atas dakwaan rasuah berhubung dua projek lebuh raya bernilai RM1.67 bilion, kata sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).