KUB beli baki 40% kepentingan saham dalam unit ladang di Mukah berharga RM60 juta
KUALA LUMPUR 1 Mac - KUB Malaysia Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya KUB Agro Holdings Bhd telah memeterai perjanjian untuk membeli 2.6 juta saham atau 40% kepentingan ekuiti yang belum dimilikinya dalam KUB Sepadu Sdn Bhd bernilai RM60 juta.